Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Baru Sehari Masuk Sekolah, Ayah Terkejut Tengok Tudung Anak Jadi Macam Ini

Macam mana boleh jadi macam tu dik oi. Haha.

Cover image via @irfan.rdz (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari pertama sekolah merupakan waktu yang ditunggu-tunggu oleh ramai kanak-kanak

Perasaan teruja untuk bertemu dengan kawan baru dan menjalani sesi pembelajaran bersama-sama itu pasti ada.

Namun, lain pula bagi ibu bapa. Setiap kali hari pertama pasti mereka akan risau bagaimana rupa anak mereka selepas balik dari sekolah. 

Seperti sebuah video yang tular ini apabila seorang lelaki mengambil anaknya pulang dari sekolah telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ayah terkejut tengok rambut terkeluar dari tudung anak

Menerusi video yang dimuat naik oleh @irfan.rdz, kelihatan lelaki itu baru saja tiba di sekolah anaknya.

Apa yang membuatkannya terkejut adalah apabila dia melihat tudung anak perempuannya itu sudah tidak terurus.

Lebih melucukan, rambutnya juga dilihat terkeluar di bahagian tengah atas membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana boleh jadi sebegitu.

Image via @irfan.rdz (TikTok)

"Hadoi dik fesyen hipster apa yang kau buat ni dik" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mencecah 2M tontonan, 186.2K tanda suka serta 40.4K perkongsian di laman TikTok. 

Rata-rata netizen turut terhibur melihat keadaan tudung budak perempuan itu yang sudah serabai.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @irfan.rdz (TikTok)

Image via @irfan.rdz (TikTok)

Image via @irfan.rdz (TikTok)

Image via @irfan.rdz (TikTok)

Macam-macam fesyen ya bila dah habis sekolah. Adoi, lawaklah dik :D

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment