Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Anak Tumpahkan Air Dekat Kedai Makan, Bapa Ini Bersihkan Siap Pakej Mop Sekali

Dah macam ada dekat rumah ya dia bersihkan.

Cover image via @syedfaeza (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Memiliki anak kecil sememangnya perlukan kesabaran yang tinggi

Hal ini disebabkan kerana kita perlu melayan pelbagai karenah mereka tidak kira tempat. Semakin mereka membesar semakin aktif dan banyak perkara yang ingin dilakukan.

Tambahan lagi kalau bawa mereka ke kedai makan, habis bersepah makanan dan kotor baju dibuatnya.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila tindakan seorang bapa membersihkan kedai makan selepas anaknya menumpahkan air menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Anak tumpahkan air, bapa sanggup sapu dan mop lantai sendiri

Menerusi video tersebut, ia memaparkan seorang lelaki sedang membersihkan lantai selepas anaknya tidak sengaja menumpahkan air di salah sebuah kedai makan.

Situasi itu sempat dirakam oleh si isteri yang berkongsi perangai suaminya itu setiap kali anak menumpahkan makanan atau minuman di mana-mana kedai makan. Menurutnya, suaminya itu akan membersihkan sendiri kotoran itu kerana tidak mahu menyusahkan waiter.

Bukan hanya menyapu lantai, malah si suami turut membersihkan kotoran tersebut dengan mop lantai sekali sehingga nampak betul-betul bersih. Pada akhir video kelihatan lelaki itu menasihati anaknya agar lebih berhati-hati ketika makan.

Image via @syedfaeza (TikTok)

Image via @syedfaeza (TikTok)

"Salute tauladan yang baik untuk anak" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji tindakan lelaki tersebut yang sanggup membersihkannya sendiri.

Malah, ada juga yang terhibur cara dia membersihkan kedai seolah-olah sedang berada di rumah sambil sempat untuk meminum air.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 294.7K views, 23.4K likes dan 467 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @syedfaeza (TikTok)

Image via @syedfaeza (TikTok)

Image via @syedfaeza (TikTok)

Image via @syedfaeza (TikTok)

Bagus ayah dia ni bersih betul kemas, dah bersih macam dekat rumah :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment