Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Ain Edruce Kongsi Detik Cemas Anak Terkena Sawan Akibat Demam Panas

Sama-sama kita doakan agar Soraya cepat sembuh!

Cover image via @ainedruce (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon dan pengacara Ain Edruce berdepan detik cemas selepas anak perempuannya, Soraya diserang sawan gara-gara mengalami demam panas

Menerusi posting yang dimuat naik Ain di Instagram, kejadian itu berlaku pada Ahad lalu semasa dia sedang bekerja untuk mengacarakan program Melodi dan perlu bergegas pulang ke rumah selepas mendapat panggilan daripada suaminya, Amirul Hafiz.


“Cerita hari ini (semalam). Soraya demam sudah tiga hari. Sekitar pukul 4 pagi semalam, demamnya naik sehingga 40 darjah Celsius. Dan bagi ubat pun tidak surut-surut (suhu). Dia pun nampak penat sangat dan tidur.

“Jadi saya tidak mahu kacau dia. Sekitar pukul 10.30 pagi, dia bangun tidur dan nampak gembira. Hati saya tenang sedikit. Jadi saya bersolek untuk pergi ke set Melodi (mengacara).

"Dah sampai set dan berlatih dengan Bell Ngasri, dapat panggilan telefon Soraya masuk hospital. Suami kata anak kena sawan. Gugur jantung saya.

“Tuhan saja tahu tahu perasaan saya ketika itu. Terima kasih pasukan Melodi sebab faham situasi saya. Terima kasih kepada Bell Ngasri kerana jadi penyelamat saya,” ujarnya.

Ain turut kongsikan video rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di rumahnya yang memaparkan situasi kelam-kabut suaminya yang sedang mendukung Soraya yang dilihat lemah

Dalam rakaman tersebut, kelihatan Hafiz yang memakai kain pelikat, kelihatan tidak tentu arah bersama seorang pembantu, sambil mendukung Soraya yang dilihat lemah.

Dalam pada itu, video rakaman CCTV yang dikongsi Ain telah menimbulkan rasa sebak dalam kalangan netizen dan rakan selebriti terutamanya yang bergelar ibu. Malah, ramai yang menitipkan doa agar Soraya diberikan kesembuhan dengan cepat.

Lihat video rakaman CCTV berkenaan di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment