Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

UKM Cipta Sejarah Jadi Universiti Awam Pertama Malaysia Buka Cawangan Di Luar Negara

Pengambilan pertama melibatkan program peringkat prasiswazah dan pascasiswazah secara persisir (offshore) di Doha pada Oktober ini.

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini menjadi institusi pengajian tinggi awam pertama dalam negara yang membuka cawangannya di Doha, Qatar

Kejayaan mengembangkan sayap ke luar negara itu direalisasi menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bersama The Regional Group of Qatar semalam.

“Pengambilan sulung pelajar di kampus cawangan Qatar pada Oktober ini,” kata UKM melalui kenyataan di Facebook.

Sebagai rekod, The Regional Group of Qatar merupakan sebuah syarikat yang menguruskan bidang pembangunan hartanah, pengurusan aset, pertanian, pelaburan saham dan khidmat perundingan kejuruteraan di Qatar.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Luminae Group

Majlis bersejarah itu disaksikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Menerusi laporan, Noraini berkata pemeteraian perjanjian itu membuka lembaran baharu kepada institusi pengajian tinggi (IPT) negara untuk mencapai tahap lebih tinggi daripada segi penyelidikan dan inovasi, pengajaran dan pembelajaran, perundingan serta pembangunan komuniti, walaupun berdepan dengan cabaran masa berikutan penularan wabak Covid-19.

"Saya gembira UKM menjadi penyumbang kepada pencapaian tersebut dan mengambil langkah seterusnya untuk meluaskan pembabitan pengantarabangsaannya dengan melebarkan sayapnya ke Qatar," katanya.

Perjanjian itu ditandatangani Naib Canselor UKM, Prof Datuk Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman dan Ketua Pegawai Eksekutif, Regional Group Company Qatar, Sheikh Abd Rahman Khalifa Abdul Aziz Al-Thani.

Tingkatkan kerjasama dalam perundingan dan penyelidikan selain daripada penawaran kursus serta memantapkan jenama UKM di negara Teluk

Image via Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM (Facebook)

Sementara itu, Mohd Ekhwan dalam ucapannya berkata, UKM amat berbangga dengan pengiktirafan itu kerana sebagai sebuah universiti watan, pihak universiti akan terus memberikan perkhidmatan pendidikan terbaik dalam merentasi sempadan dunia.

"Melalui perjanjian yang ditandatangani pada 26 Mac lalu, UKM bersetuju untuk menawarkan program peringkat prasiswazah dan pascasiswazah secara persisir (offshore) di Doha.

"The Regional Group pula bertanggungjawab dalam pengurusan program, pemasaran dan menyediakan kemudahan fasiliti serta infrastruktur untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

"UKM bertanggungjawab menyediakan input akademik yang membabitkan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, jaminan kualiti dan pengijazahan," katanya.

Tahniah Universiti Kebangsaan Malaysia! Semoga terus maju jaya di persada antarabangsa :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment