Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tular Tayar Lori Tercabut & Berguling Sampai Ke Stesen Minyak, Komen Netizen Pula Lucu

Pandai pula tayar tu pergi Shell eh.

Cover image via @aisys_umee (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti ramai di antara kita yang pernah melihat tayar lori tercabut dan bersepah di tengah jalan raya bukan?

Tayar lori sangat berbahaya buat kenderaan lain dan boleh menyebabkan kemalangan berlaku jika dibiarkan di tengah jalan.

Namun, lain pula yang terjadi dalam video ini apabila seorang wanita merakam situasi lucu tayar lori yang tercabut berguling hingga ke stesen minyak telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

On the way nak pergi mengundi, tiba-tiba ternampak tayar lori tengah berguling tepi jalan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aisys_umee, kelihatan wanita itu sedang berada di dalam kereta menuju ke tempat mengundinya.

Tetapi, apa yang mencuri perhatian adalah apabila dia secara spontan terakam sebuah tayar lori sedang berguling dengan laju di depan keretanya.

Situasi itu menjadi sedikit cemas apabila tayar tersebut terlanggar divider dan berguling ke tengah jalan. Namun, apa yang melucukan adalah apabila destinasi akhir tayar itu terhenti di sebuah stesen minyak Shell.

Image via @aisys_umee (TikTok)

"Pandai tayar dia lintas jalan, nak tambah angin tu tapi terbabas" - Netizen

Ikutan tularnya video tersebut yang kini telah mencecah sehingga 3.9M views, 300.3K likes dan 13.1K comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi lucu itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @aisys_umee (TikTok)

Image via @aisys_umee (TikTok)

Image via @aisys_umee (TikTok)

Image via @aisys_umee (TikTok)

Image via @aisys_umee (TikTok)

Image via @aisys_umee (TikTok)

Image via @aisys_umee (TikTok)

Image via @aisys_umee (TikTok)

Adoi, tayar pun boleh buat ramai terhibur ya. Rakyat Malaysia memang lawak kalau bab komen :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment