Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tular Kad Kredit Rakyat Israel Kena 'Hack', Ramai Guna Buat Beli iPhone & Kerusi Gaming

Dipercayai, kad kredit itu digodam oleh kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai DragonForce Malaysia.

Sejak Palestin diserang bertalu-talu oleh rejim zionis, netizen Malaysia tidak ketinggalan untuk menunjukkan solidariti menerusi serangan siber kepada Israel

Serangan siber itu adalah sebagai tanda rakyat menyokong Palestin dan terus berdoa agar Israel menghentikan segala tindakan keganasan ke atas rakyat Gaza.

Baru-baru ini, sekumpulan penggodam yang menggelar diri mereka sebagai DragonForce Malaysia telah melancarkan serangan siber terhadap rakyat Israel.

Mereka telah memuat naik satu tangkap layar di aplikasi X mengenai senarai kod data individu yang dipercayai untuk menggodam akaun perbankan mereka.

Image via Simpli Learn

Ramai cuba masuk ke laman yang dipaparkan untuk beli macam-macam termasuklah iPhone

Ada yang mendakwa mahu menggunakan kad perbankan yang digodam itu untuk membeli model baharu telefon pintar jenama iPhone, kerusi gaming dan membuat sumbangan di tabung bantuan untuk Palestin.

Walau bagaimanapun, ada netizen yang menyatakan bahawa dia sudah mencuba kesemua akaun perbankan yang dikongsikan itu namun ia telah disekat.

Dalam pada itu, ramai juga yang mempersoalkan mengenai hukum agama berhubung penggunaan duit daripada akaun yang digodam.

Image via @maslinamh (X)

Lihat ciapan itu di bawah:

Bahaya juga bila buat macam ini. Semoga tak ada apa-apa yang berlaku di masa akan datang.

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment