Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Siapa Sangka Tudung Paling Mahal Di Dunia Berharga RM50,000 Ini Keluaran Produk Tempatan?!

Makcik-makcik bawang di luar sana jangan cemburu, ya!

Cover image via Facebook Bawal Exclusive

Dengar sahaja tudung jenama Bawal Exclusive, memang sudah boleh dijangka, pasti ada di antara rekaan istimewanya yang boleh mencecah sehingga ribuan Ringgit!

Malah, pada tahun 2017 dan 2018, ahli perniagaan dari Kelantan itu telah memecah rekod dengan mereka tudung istimewa lagi ekslusif pada harga RM21,600 dan RM33,000.

Image via Facebook Bawal Exclusive

Manakan tidak, tudung-tudung bawal yang direka itu merupakan tempahan khas dan harga tudung berkenaan adalah bergantung kepada tampalan batu Swarovski tulen menjadikan jenama Bawal Exclusive (BE) antara jenama tudung yang mewah dan eksklusif di Malaysia, sesuai dengan namanya.

Tidak mahu kalah dengan tahun-tahun sebelumnya, BE sekali lagi mencetuskan fenomena selepas mengumumkan harga rekaan tudung terbarunya yang paling mahal pernah dihasilkan!

Image via Facebook Bawal Exclusive

Difahamkan harga tudung bawal terbarunya itu adalah RM50,000 sehelai!

Sebenarnya tempahan tudung tersebut telah dibuat oleh seorang ahli perniagaan dari Pahang pada Februari yang lalu untuk digayakan pada lebaran tahun ini.

Image via Facebook Bawal Exclusive

Tudung tersebut dihasilkan menggunakan kain Voile yang diimport khas dari Jepun dengan bertatahkan batu Swarovski pelbagai warna dengan susunan corak bunga-bungaan.

Image via Facebook Bawal Exclusive

Berita mengenai tudung mewah berkenaan telah dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi jenama tersebut. Tudung berkenaan diserahkan kepada pemilik butik Byqiss dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan pada 27 Mei yang lalu.

Yang pasti bukan calang-calang rekaan tudung ini nampak gayanya.

Makcik-makcik bawang di luar sana jangan cemburu, ya!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkaitan di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment