Tiga Anggota Polis Trafik Disiasat Susulan Tular Rakaman Video Roadblock Di Serdang
Difahamkan, tiga anggota polis trafik tersebut telah menjalankan sekatan jalan raya pada jam 12.15 hingga 1.15 tengah hari.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pihak polis bertindak menjalankan siasatan terhadap tiga pegawai polis trafik setelah didakwa melakukan salah laku ketika membuat sekatan jalan raya di Serdang
Menerusi laporan Bernama, video yang telah tular di media sosial itu memaparkan tiga pegawai polis trafik sedang menjalankan sekatan jalan raya berdekatan pusat beli belah The Mines, Serdang.
Rakaman tersebut menunjukkan seorang daripada pegawai tersebut dilihat seperti mengambil sesuatu daripada pemandu kereta yang ditahannya.
Pegawai terbabit kemudiannya seakan-akan meraih poket seluarnya selepas itu dan dia kemudiannya berlalu pergi dari kenderaan berkenaan.
Image via SAYS
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner AA Anbalagan menyatakan bahawa siasatan dilakukan untuk menentukan sama ada sebarang pelanggaran protokol berlaku
Menurutnya, siasatan dijalankan untuk menentukan sama ada terdapat salah laku atau perlanggaran garis panduan dalam pelaksanaan sekatan jalan raya.
"Siasatan sedang dijalankan dan ibu pejabat polis daerah Serdang tidak akan berkompromi jika salah laku berlaku semasa sekatan jalan raya dijalankan," kata Anbalagan dalam satu kenyataan pada Sabtu, 22 Mac.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada melakukan spekulasi kerana ia boleh mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment