Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"The Real Prison Break" - 6 Rakyat Palestin Ini Berjaya Larikan Diri Dari Penjara Israel

Berita awal mengatakan mereka mengambil masa setahun untuk menggali terowong tersebut.

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tular enam rakyat Palestin didakwa berjaya melarikan diri dari penjara di utara Israel menerusi terowong yang dikorek mereka di bawah singki

Menerusi perkongsian Al Jazeera, difahamkan insiden ini mulai dikesan hanya selepas tiga jam mereka meloloskan diri selepas menerima panggilan dan laporan daripada individu di luar penjara yang melihat kelibat kumpulan yang tidak dikenali di luar penjara tersebut.

Pihak pengawal Israel seterusnya turut mendapati kumpulan individu tersebut sudahpun ‘hilang’ dan tidak lagi berada dalam sel penjara.

Sejurus menerima laporan tersebut, pihak polis, tentera dan ejen Israel berserta bantuan anjing yang dilatih memulakan operasi bagi mengesan individu-individu yang melarikan diri dari penjara tersebut.

Image via Nadir Al-Nuri (Facebook)

Usaha mereka walau bagaimanapun sekadar sia-sia selepas gagal menemui enam banduan yang melarikan diri. Begitupun, mereka telah mengesan sebuah lubang yang dipercayai digunakan sebagai laluan untuk kumpulan banduan ini untuk meloloskan diri. Dipercayai proses meloloskan diri daripada penjara ini diketuai oleh bekas komander Briged al-Aqsa, Zakaria Zubeidi.

Mereka dikatakan mengambil masa setahun untuk menggali terowong tersebut dengan menggunakan sudu

Image via Terkini dan Sensasi Palestin (Facebook)

Image via Nadir Al-Nuri (Facebook)

Lebih mengejutkan pihak berkuasa Israel, mereka seolah tidak mempunyai jawapan bagaimana lubang yang mampu memuatkan seorang dewasa ini berjaya digali dengan hanya menggunakan sudu sahaja.

Lima daripada enam tahanan tersebut dilaporkan telah dikenakan hukuman penjara seumur hidup kerana didakwa terlibat dengan serangan ke atas rakyat Yahudi.

Mereka juga dikatakan telah berjaya sampai ke Jenin dan kegiatan mencari mereka sangat sukar memandangkan Jenin adalah kawasan diduduki penduduk Palestin dan terkenal dengan sikap berani bangkit. Sehingga kini jejak mereka masih belum dapat dikesan.

Image via Terkini dan Sensasi Palestin (Facebook)

Image via Terkini dan Sensasi Palestin (Facebook)

Difahamkan juga, pengawal penjara yang juga seorang tentera wanita yang menjaga menara kawalan di sebelah lubang yang digunakan enam tahanan untuk melarikan diri di penjara berkenaan disahkan sedang tidur ketika operasi tersebut berjalan.

Dalam pada itu, menurut seorang pegawai Perkhidmatan Penjara Israel kepada Haaretz, penjara Gilboa, Israel adalah salah satu kompleks tahanan yang paling kuat di Israel.

Malah, enam tahanan Palestin yang berjaya melarikan diri melalui terowong yang mereka gali di bawah penjara berkenaan juga bermaksud kegagalan besar terhadap pihak keselamatan Israel.

Insiden yang berlaku sekaligus mengingatkan orang ramai kepada siri Prison Break yang dibintangi Wentworth Miller sebagai Michael Scofield di mana beliau bersama rakannya berpakat untuk melarikan diri dari penjara.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment