Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[TERKINI] Agong Perkenan Isytihar Laksana Darurat Sehingga 1 Ogos 2021

Pengisytiharaan itu diumumkan hari ini, 12 Januari 2021.

Cover image via Utusan Viator

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat

Ia dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19 yang kian menular dan mencecah empat angka sejak bulan Disember lalu.

Seri Paduka Baginda juga telah memberi perkenan untuk tempoh darurat ini sehingga 1 Ogos 2021 atau tarikh lebih awal bergantung kepada angka kes positif Covid-19. Tempoh darurat itu akan diawalkan sekiranya kes harian dapat dikawal dan angka menurun. 

Sepanjang proklamasi darurat dilaksanakan, sidang parlimen akan digantung dan tiada pilihan raya.

Image via Sinar Harian

Perkenan ini turut mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan Raja-Raja Melayu

Ianya juga berdasarkan statistik semasa Covid-19, khususnya kekangan kemudahan-kemudahan logistik mengikut negeri-negeri yang telah dipersembahkan semasa sesi taklimat tersebut.

Menurut statistik, lima belas hospital Covid-19 mencatatkan kadar penggunaan katil Covid-19 (bukan ICU) melebihi 70 peratus. Di Lembah Klang, penggunaan katil ICU untuk pesakit Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Malaya telah mencapai 100 peratus, manakala di Hospital Sungai Buloh 83 peratus.

Kadar penggunaan katil ICU untuk pesakit Covid-19 di Perak, Selangor, Melaka, Terengganu dan Sarawak pula telah melebihi 70 peratus.

Maka dengan itu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19.

Sehubungan dengan itu, Yang di-Pertuan Agong menasihati rakyat supaya bertenang dan tabah menghadapi pelaksanaan darurat ini serta Perintah Kawalan Pergerakan demi keselamatan semua.

Berikut di bawah adalah kenyataan penuh daripada Istana Negara:

Image via Istana Negara (Facebook)

Image via Istana Negara (Facebook)

Image via Istana Negara (Facebook)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel berkenaan Covid-19 hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment