Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[TERKINI] Ira Kazar Bakal Saman JAWI Minggu Depan Isu Fitnah Persetubuhan Luar Nikah

Sampai bila agaknya kes saman-menyaman ni nak berakhir ya.

Cover image via @irakaza (Instagram) The Star

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Isteri kedua pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar bakal memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Image via @irakaza (Instagram)

Menurut sumber, dia mengambil keputusan tersebut berikutan pendedahan pihak JAWI terhadap tuduhan persetubuhan luar nikah sebelum berkahwin kepada umum.

Kenyataan ini telah diwakilkan oleh peguam, Ammar Ghalip yang mewakili Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini binti Kazaruddin.

“Berkenaan dengan kenyataan Puteri Sarah mengenai siasatan-siasatan daripada JAWI itu, ia masih belum selesai dan dalam siasatan lagi. Isu berkenaan masih disiasat dan terdapat perkara yang boleh dipersoalkan. Jadi, tindakan undang-undang telah pun diambil kepada JAWI,” katanya.

Terdahulu, Syamsul Yusof menafikan dakwaan isteri pertamanya, Puteri Sarah bahawa dia melakukan persetubuhan luar nikah sebelum berkahwin dengan Ira Kazar

Image via The Star

Syamsul berkata, dia tidak pernah melakukan persetubuhan luar nikah seperti yang didakwa dan turut mempersoalkan ketelusan pihak JAWI.

Dalam pada itu, Ira berkata dia akan saman JAWI minggu depan ekoran pendedahan kesnya kepada umum tanpa usul periksa.

Dalam pada itu, Puteri Sarah telah memfailkan hadanah iaitu tuntutan hak penjagaan anak-anaknya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment