Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Terkejut Aku" - Gelagat Cikgu-Cikgu Sokong Anak Murid Masa Hari Sukan Bikin Ramai Dekah

Jarang cikgu rumah merah ni tak garang!

Cover image via @kml.abrhm (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Hari sukan merupakan hari paling meriah yang semua pihak sekolah wajib anjurkan

Pada hari sukan sekolah inilah ramai atlet sekolah boleh menujukkan bakat yang terpendam dalam acara sukan yang diminati. Namun begitu, ada juga segelintir pelajar yang terpaksa mengikut acara sukan hanya untuk mengisi kekosongan. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan cikgu menyokong anak murid semasa acara tarik tali telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Cikgu siap jerit kuat untuk bagi semangat dekat anak murid

Menerusi video berkenaan, kelihatan sedang berlangsungnya acara tarik tali pada hari sukan sebuah sekolah. 

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila cikgu-cikgu setiap rumah memberi sokongan yang padu apabila anak murid mereka bertanding. Lebih melucukan lagi adalah apabila salah seorang cikgu rumah merah dilihat siap jerit dengan garang suruh anak murid mereka tarik lagi tali itu. 

Bukan setakat itu, ada juga gelagat cikgu yang memberi semangat dengan memukul anak murid dengan kertas. Gelagat-gelagat cikgu ini sangat comel kerana mereka yang kelihatan gelabah dan ingin menang. 

Image via @kml.abrhm (TikTok)

Image via @kml.abrhm (TikTok)

"Sampai nak menangis cikgu tu, patutlah kalau habis je hari sukan mesti cikgu yang paling penat" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 500K tontonan, 70K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat cikgu-cikgu itu. Malah, ramai yang memberikan pelbagai reaksi lucu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @kml.abrhm (TikTok)

Image via @kml.abrhm (TikTok)

Image via @kml.abrhm (TikTok)

Image via @kml.abrhm (TikTok)

Image via @kml.abrhm (TikTok)

Apa pun, admin tabik dengan semangat kesukanan cikgu ini. Respect!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment