Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Teringat Cerita Hantu Kak Limah" - Ramai Terhibur Dengar Pesanan Daripada JAPEN Perak Ini

"Usah biut bebenor"

Cover image via PERAK TV (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, Malaysia kini masih mencatatkan kes positif harian Covid-19 yang tinggi

Disebabkan itu, rakyat dinasihatkan agar terus duduk di rumah dan keluar hanya bila perlu saja. Dalam usaha mengekang wabak ini daripada berjangkit, banyak pihak yang menjalankan tanggungjawab saling mengingati tentang penjagaan diri.

Tidak terkecuali dengan sebuah video yang tular baru-baru ini di laman Facebook apabila Jabatan Penerangan Malaysia di Perak menasihati penduduk di sebuah kawasan perumahan mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Bagi nasihat dalam loghat Perak, ramai teringat cerita Hantu Kak Limah

Menerusi perkongsian video daripada Perak TV, kelihatan sebuah van Jabatan Penerangan Malaysia sedang memberikan pesanan dan nasihat tentang Covid-19 dalam loghat Perak.

Apa yang menghiburkan orang ramai adalah cara lelaki itu bercakap sama seperti pelakon-pelakon dalam filem popular Hantu Kak Limah.

"Banyak bebenor kes Covid-19 ni, yang udah disahkan pun banyok. Haa karang kalau awok kaborkan positif mengkome tak paham. Ngidap kome paham kan?"

"Haa udah ramai bebenor ngidapnya, penyakit ni mudah benor berjangkit. Bukan ghope demam pelentong, bukan ghope kayap yer," katanya.

"Jangan lupa royalti untuk pak cik ni, pior ni" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur mendengar pesanan dalam loghat Perak itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 88.9K tontonan, 1.3K tanda suka dan 417 komen di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Image via PERAK TV (Facebook)

Image via PERAK TV (Facebook)

Image via PERAK TV (Facebook)

Image via PERAK TV (Facebook)

Image via PERAK TV (Facebook)

Image via PERAK TV (Facebook)

Image via PERAK TV (Facebook)

Image via PERAK TV (Facebook)

Seronok juga sekali-sekala dengar pesanan dalam loghat negeri lain ni. Terbaiklah!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment