Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tengah Seronok Buat Live Depan Rumah, Sekali Terus Cabut Lari Lepas Lihat Kereta Polis

Sampai tertinggal handphone tu ya.

Cover image via @ieywan77 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 sememangnya telah membataskan had kita untuk keluar daripada rumah

Mana tidaknya, dengan peningkatan kes positif Covid-19 yang semakin membimbangkan di negara kita, kerajaan sekali lagi terpaksa melaksanakan PKP untuk mencegah wabak ini daripada terus merebak.

Disebabkan itu, ramai yang terpaksa duduk di rumah dan melakukan pelbagai aktiviti yang boleh menghilangkan rasa bosan mereka sepanjang tempoh PKP.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki bertempiaran lari ketika dia sedang membuat sesi live di depan rumahnya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terus cabut lari lepas ternampak kereta polis ronda kawasan rumah

Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang lelaki sedang duduk bersantai di depan rumah sambil membuat sesi live di media sosial mereka.

Namun tidak lama selepas itu, muncul sebuah kereta polis yang sedang melakukan rondaan di kawasan tersebut menyebabkan mereka semua panik dan bertempiaran lari masuk ke dalam rumah.

Apa yang lebih melucukan adalah sebaik saja ternampak kelibat kereta polis itu, mereka terus berlari sehingga meninggalkan telefon bimbit di luar rumah.

Image via @ieywan77 (TikTok)

Image via @ieywan77 (TikTok)

"Rasa macam penjenayah kan nampak polis je lari" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua lelaki tersebut.

Malah, ada juga yang meluahkan rasa sedih mereka kerana tidak dapat lepak bersama kawan-kawan seperti dulu kerana keadaan yang tidak mengizinkan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 162.2K views, 13.3K likes dan 655 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @ieywan77 (TikTok)

Image via @ieywan77 (TikTok)

Image via @ieywan77 (TikTok)

Image via @ieywan77 (TikTok)

Image via @ieywan77 (TikTok)

Image via @ieywan77 (TikTok)

Image via @ieywan77 (TikTok)

Image via @ieywan77 (TikTok)

Image via @ieywan77 (TikTok)

Takut punya pasal sampai handphone pun tertinggal :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment