Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tangan Pramugari Digigit Ketika Cuba Leraikan Pergaduhan Isu Bau Badan Dua Penumpang

Pertelingkahan itu kemudiannya bertukar menjadi pergelutan fizikal.

Cover image via South China Morning Post

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pramugari mengalami kecederaan ringan selepas dia digigit penumpang

Menerusi laporan, kejadian berlaku selepas pramugari berkenaan cuba untuk meleraikan satu pergaduhan fizikal antara dua wanita dalam penerbangan dari Shenzhen ke Shanghai pada 1 April lalu.

Dalam satu kenyataan rasmi daripada Shenzhen Airlines, mereka memberitahu insiden itu berlaku sebelum pesawat berlepas apabila dua penumpang wanita yang duduk berhampiran mula bertengkar.



Image via South China Morning Post

Bergaduh sebab tak tahan bau badan penumpang

Difahamkan, seorang daripada mereka telah mengadu tentang bau badan penumpang lain, manakala seorang lagi mengadu tidak tahan dengan bau minyak wangi yang terlalu kuat.

Pertelingkahan yang awalnya berlaku daripada mulut bertukar menjadi fizikal yang memaksa dua pramugari dan dua kru lelaki campur tangan untuk meleraikan mereka.

Dilaporkan, ketika pergaduhan berlaku, salah seorang pramugari menjerit, “Buka mulut kamu, kamu telah gigit saya!".

Bagaimanapun, pramugari berkenaan dilaporkan mengalami luka ringan pada bahagian lengan dan segera dihantar ke hospital untuk rawatan. Keadaannya dilaporkan stabil dan tidak serius.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment