Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Takut Punya Pasal Anjing Besar Lalu Sebelah, Lelaki Ini Sampai Terpaksa Loncat Atas Kereta

Besar woi!

Cover image via @kingsoya57 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa saja yang tidak takut melihat haiwan besar dan ganas di depan kita kan?

Tambahan lagi jika ia memang seekor haiwan liar yang suka menyerang manusia. Memang takut dibuatnya.

Contoh haiwan yang kita boleh lihat adalah anjing liar yang sering berkeliaran di mana-mana saja. Malah, ada kes yang menyebabkan haiwan ini mengigit dan mengejar manusia.

Sama seperti video yang tular di laman TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki terpaksa melompat ke atas kereta kerana takut akan seekor anjing besar mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terpaksa tahan malu sebab lompat atas kereta

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berdepan situasi cemas apabila dia terserempak dengan seekor anjing yang dikenali dengan baka Husky. Memang tidak dinafikan, Husky adalah seekor anjing yang sangat besar dan menggerunkan.

Disebabkan itu, lelaki berkenaan terpaksa melompat atas kereta demi mengelakkan dirinya daripada anjing tersebut. Difahamkan, ia dipercayai bebas di kawasan perumahan tanpa pemiliknya kerana masih memiliki kolar haiwan.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah lelaki itu dilihat sehingga mencangkung sambil memakai helmet. Aksi spontannya itu sempat dirakam oleh driver yang hanya mampu tergelak saja.

Image via @kingsoya57 (TikTok)

Image via @kingsoya57 (TikTok)

"Nasib baik tak duduk atas bumbungnya" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat lelaki tersebut. Malah, ramai yang memberitahu bahawa Husky adalah seekor anjing yang jinak dan friendly.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 401.1K views, 48.6K likes dan 1,568 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @kingsoya57 (TikTok)

Image via @kingsoya57 (TikTok)

Image via @kingsoya57 (TikTok)

Image via @kingsoya57 (TikTok)

Image via @kingsoya57 (TikTok)

Image via @kingsoya57 (TikTok)

Image via @kingsoya57 (TikTok)

Image via @kingsoya57 (TikTok)

Image via @kingsoya57 (TikTok)

Besar tu, memang sampai lompat atas keretalah cerita dia :0

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment