Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tak Tahu Nak Order Apa Di llaollao? Ini 6 Topping Sedap Yang Wajib Anda Cuba

Semuanya must-try tau!

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

llaollao menyediakan pelbagai jenis topping yang terdiri daripada sauce, buah-buahan dan juga biskut

Kalau anda pergi ke shopping mall, pasti anda perasan akan kedai yogurt, llaollao. Jika anda membeli yogurt di situ, anda boleh tambah topping ikut cita rasa anda.

Namun begitu, masih ramai yang tak tahu topping apa yang patut mereka letak ataupun anda hanya mengulang topping yang sama. Mesti sudah bosan, bukan? Apa salahnya cuba topping baru pula.

Oleh itu, di sini kami kongsikan kombinasi topping llaollao yang boleh anda cuba selepas ini.

1. Pistachio Sauce

Image via @brgsjks (Twitter)

Pistachio sauce ini sudah menjadi kegemaran ramai disebabkan rasanya yang sangat unik. Rasa kacang pistachio yang nutty dan tidaklah terlalu manis ini memang sesuai dimakan bersama yogurt.

Antara kombinasi topping yang menarik bersama pistachio sauce ini ialah melon dan juga caramelised biscuit.

2. Chips Ahoy!

Image via @ctjamil92 (Twitter)

Selain sauce dan juga buah-buahan, biskut Chips Ahoy! turut menjadi kegilaan ramai. Biskut Chips Ahoy! ini susah sedikit untuk didapatkan di pasaran, maka anda boleh cuba rasanya di llaollao.

Antara kombinasi menarik bersama biskut Chips Ahoy! Ialah Lotus Biscoff Caramelised Biscuit Sauce ataupun Chocolate Hazelnut Sauce.

3. Ovomaltine Sauce

Image via @EdahyuIsmail (Twitter)

Anda peminat Ovomaltine? Jangan risau kerana llaollao turut menyediakan topping Ovomaltine sauce untuk anda! Rasanya memang sangat sedap dimakan bersama yogurt yang masam.

Antara kombinasi yang menarik bersama Ovomaltine sauce ialah buah-buahan seperti mangga dan melon.

4. Strawberry

Image via @adityahadhyan (Twitter)

Rasa masam manis buah strawberi dimakan bersama yogurt, fuh memang nikmat! Anda boleh cuba tambah strawberi sebagai topping untuk yogurt anda selepas ini.

Antara kombinasi menarik bersama strawberi ialah Lotus Biscoff Caramelised Biscuit Sauce dan juga Chocorock Sauce.

5. Oreo Crumbs

Image via @rmmncam7 (Twitter)

Oreo memang sesuai dimakan dengan apa-apa sahaja dessert, betul tak? Oleh itu, rasanya sudah pasti enak!

Antara kombinasi menarik bersama Oreo Crumbs ialah Chocorock Sauce dan juga buah-buahan pilihan anda.

6. Lotus Biscoff Caramelised Biscuit Sauce

Image via @nrainqsrh (Twitter)

Antara topping paling popular di llaollao iaitu Lotus Biscoff Caramelised Biscuit Sauce yang sesuai dimakan bersama yogurt dan juga apa-apa topping. Walaupun rasanya agak manis, tetapi ia masih boleh dimakan kerana rasanya yang lain daripada lain.

Antara kombinasi menarik bersama sauce ini ialah Oreo Crumbs dan juga buah-buahan mengikut cita rasa anda.

Anda wajib cuba toppings yang kami kongsikan ini! Confirm tak menyesal :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment