Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tak Kisah Diejek Pakai Kasut 'Copy Ori', Budak Lelaki Tetap Syukur Pemberian Daripada Ibu

Kasut berkenaan adalah hadiah daripada ibunya bersempena ulang tahun kelahirannya.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ibu bapa mana sahaja yang tidak mahu melihat anak-anak gembira mendapat hadiah kesukaan mereka bukan?

Tambahan lagi, ia adalah barangan yang sudah lama diminati anak. Pasti ibu bapa akan berusaha mendapatkannya meskipun ada yang sanggup mengikat perut.

Tetapi, ada juga yang hanya mampu memilikinya mengikut kemampuan dan bajet masing-masing, asalkan anak gembira walaupun barangan itu bukanlah asli.

Begitulah terjadi dengan Muhammad Arman, 11, yang mendapat perhatian di TikTok selepas berkongsi videonya berjoging sambil menunjukkan kasut baru pemberian ibunya tular.

Image via @manzroketsecacc (TikTok)

Tak kisah dikritik kasut tidak asli, tetap bersyukur dengan pemberian daripada ibu

Kanak-kanak terbabit berkongsi kegembiraan menerima kasut berkenaan sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya pada 8 Oktober lalu.

Bagaimanapun, keterujaan Arman berkongsi kasut itu mendapat perhatian netizen yang mengesan ia adalah kasut tiruan dan meminta kanak-kanak terbabit mendedahkan harga sebenar.

Bercerita kepada Harian Metro, Arman memberitahu dia sangat meminati model kasut jenama tersebut, namun menyedari harganya terlalu mahal lalu meminta hadiah seakan kasut sama kerana tidak mahu membebankan ibu bapanya.

"Saya beritahu mak mahu kasut itu dan cakap cari yang seakan sama kerana harganya mahal sangat. Saya tak kisah kasut itu asli atau tidak, janji saya dapat model seperti itu.

"Mak belikan kasut itu dalam talian dan harganya tidak sampai RM80. Saya rasa gembira sehingga melompat apabila dapat kasut itu,"
 katanya.

Image via hmetro.com.my

Dia juga meluahkan rasa bersyukur dengan hadiah diberikan ibu dan bapanya dan akan selalu menhargainya kerana sangat bermakna kepadanya.

"Setiap kali hari jadi, mak selalu beri hadiah seperti baju, beg dan dompet atau belanja makan. Semua hadiah diberikan tidaklah mahal, tetapi saya tetap menghargainya kerana ia pemberian mak, syurga saya.

"Sebab itu saya buat video di TikTok untuk menghargai hadiah itu dengan mengikut trend (buat-buat barang jatuh, tunjuk kasut), tetapi tak sangka pula dapat perhatian, malah ada yang salah sangka cakap saya nak menunjuk kasut tiruan, ada suruh saya beritahu harga kasut itu.

"Terasa juga hati baca komen, tetapi saya sabar sahaja dan tak sangka ada rezeki lain apabila ramai yang memberi sokongan serta mahu hadiahkan saya kasut, malah stesen radio belikan kasut untuk saya dan keluarga," katanya.

Sementara itu, ibu kepada Arman, Puspa Diyana berkata, dia terkejut apabila perkongsian anak kedua daripada tiga beradik mendapat perhatian dan menerima kecaman, namun mengakui dia dan keluarga memaafkan individu terbabit.

Menurutnya, perkongsian Arman juga bukan untuk meraih simpati atau mengambil kesempatan, sebaliknya hanya kandungan video biasa untuk akaun sosial anaknya.

Tambahnya, dia tetap berterima kasih kepada semua pihak kerana memberi sokongan dan menghadiahkan kasut kepada anaknya.

"Apabila video Arman dikecam, dia rasa 'down' dan tunjuk kepada saya semua komen. Saya minta dia bersabar kerana perkara seperti itu adalah biasa jika di media sosial. Dia yang sedih kemudiannya terus tidur.

"Saya juga ada tinggalkan komen untuk menerangkan isu itu dan sejujurnya memang komen agak menguris hati hingga buat saya sedih tetapi kami maafkan, malah ada yang kecam pun, mesej kami minta maaf,"
katanya.

Dia menyifatkan Arman seorang anak sangat memahami, ringan tulang, suka membantu, disenangi ramai dan pandai menghargai pemberian orang.

"Ini kali pertama Arman minta hadiah kerana dia sangat suka kasut itu dan saya belikan juga walaupun bukan asli kerana tidak mahu berasa ralat.

"Kalau nak beli kasut asli boleh... cuma kena simpan wang kerana kalau beli terus ketika itu, macam mana dengan keperluan lain kerana harga kasut itu mahal," katanya.

Lihat video di bawah:

Sekarang makin ramai nak sponsor kasut dekat awak dik :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment