Subsidi Telur Dikurangkan 50 Peratus Mulai 1 Mei, Tamat Sepenuhnya Pada 1 Ogos 2025
Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kadar subsidi telur ayam dikurangkan kepada lima sen daripada 10 sen bermula esok, 1 Mei dan akan ditamatkan sepenuhnya mulai 1 Ogos ini
Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dibuat oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) selepas mengambil kira komitmen pihak industri untuk memastikan pengeluaran telur ayam yang mencukupi dan terjamin susulan kos pengeluaran semakin stabil.
Difahamkan, ia terbukti sepanjang musim perayaan Aidilfitri lalu di mana bekalan adalah mencukupi dengan harga kompetitif.
"Sejak Februari 2022 hingga Disember 2024, kerajaan sudah membelanjakan hampir RM2.5 bilion untuk pembayaran subsidi telur ayam kepada pihak industri bagi menampung peningkatan kos pengeluaran berikutan pandemik COVID-19 serta kesan peperangan antara Ukraine dan Russia ke atas harga import soya dan jagung bijian.
"Kerajaan juga sudah mengambil kira tempoh kawalan harga dan pemberian subsidi yang terlalu lama ialah sesuatu yang tidak mampan kepada kelangsungan industri pengeluar telur tempatan serta kewangan negara," katanya.
KPKM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan langkah intervensi
Difahamkan, langkah penyasaran semula subsidi itu dilakukan berikutan subsidi itu kini turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi, manakala hasil penjimatan dari peruntukan tersebut boleh digunakan untuk pembiayaan projek tertentu demi kesejahteraan rakyat.
Pihak industri juga turut bersetuju untuk memperkenalkan telur gred khas dengan harga yang berbaloi.
Rakyat boleh mendapatkan bekalan telur pada harga yang lebih kompetitif melalui inisiatif Jualan Agro MADANI dan Jualan Rahmah di seluruh negara termasuk di semua outlet Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment