Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Suara Sumbang Tapi Dapat Masuk TV?" - Saksikan Persembahan Havoc Mereka Hujung Minggu Ini

Alamak, trio kita dah sakit telinga!

Cover image via tonton

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik

Bukan semua manusia dilahirkan dengan bakat pandai menyanyi bukan?

Jika anda tak pandai menyanyi, tak perlu risau. It's normal! Kebiasaannya, kita sering tonton rancangan menyanyi yang hadiahnya diberikan kepada penyanyi yang berjaya menyanyikan lagu yang sedap bukan?

Kini, tidak lagi. Suara sumbang? Boleh juga nak join tau, siap dapat hadiah wang tunai lagi! 

Image via GIPHY

Sumbang Suara, program hiburan terbaru akan mula bersiaran di TV3

Program ini akan ditayangkan pada setiap hari Ahad pada jam 10.30 malam di TV3 atau layari tonton.

Apa yang lebih menarik, Sumbang Suara akan dihoskan oleh Elly Mazlein. Program ini menampilkan Dato’ Awie dan Hazama sebagai wakil netizen untuk mengenal pasti pemenang yang dapat memberikan persembahan yang paling meletop walaupun dia bersuara sumbang.

Jika anda merupakan seorang penyumbang suara yang semula jadi dan confident. Kemungkinan Dato Awie dan Hazama akan memberikan kelulusan untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500. Bukan itu je, persembahan kena mantap, baru ada feel!

Image via tonton

Bukan itu saja, ada lagi babak yang akan buat anda pecah perut

Program 30 minit ini akan menyiarkan 5 video hantaran daripada netizen di Instagram. Hanya 1 video yang layak jadi pemenang. Pemenang itu akan dihubungi menerusi panggilan video untuk berinteraksi dengan Dato Awie dan Hazama. 

Pencarian peserta Sumbang Suara telah berlangsung pada bulan March 2021 secara dalam talian. Pihak produksi mencari bakat-bakat luar biasa berumur seawal 6 tahun hingga 60 tahun yang semula jadi ‘sumbang’ nyanyiannya. 

Mereka yang berminat hanya perlu muat naik video nyanyian sumbang berdurasi 1 minit dan berserta #sumbangsuara di akaun Instagram dan pastikan tetapan akaun adalah umum.  



Tunggu apa lagi? Jangan lupa berhibur dengan Sumbang Suara setiap hari Ahad di TV3 atau live stream di tonton!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment