Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Stesen Minyak Tertua Di Kuala Pilah Ini Didakwa Sudah Beroperasi Hampir 100 Tahun

Difahamkan, stesen minyak itu merupakan perniagaan sebuah keluarga yang diturunkan dari generasi ke generasi.

Cover image via Harian Metro (Azrul Edham)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa sangka di sebalik sebuah pekan lama di Jalan Besar, Pekan Johol, Kuala Pilah terdapat sebuah pam minyak berusia hampir 100 tahun yang masih teguh berdiri memberi khidmat kepada penduduk setempat

Menerusi laporan Harian Metro, stesen minyak tersebut dikatakan hanya mempunyai tiga orang pekerja, dua pam dan struktur premis berkeluasan 2 meter persegi tetapi mempunyai nilai sejarahnya tersendiri.

Pernah menjadi bualan kerana bakal ditutup pada 1 Mac 2010. Namun, mengambil kira keluhan masyarakat setempat, ia terus beroperasi termasuk meningkatkan aspek keselamatan.

Image via Harian Metro (Azrul Edham)

Penduduk mendakwa ia stesen minyak paling tua di Malaysia dan menyifatkan khazanah tersebut perlu dikekalkan bagi tatapan generasi negara akan datang

Menurut seorang pekerja, R Mary Agnes, 45, berkata, dia tidak pasti usia sebenar stesen minyak berkenaan namun ia adalah perniagaan keluarga yang diturunkan dari generasi ke generasi.

"Saya bekerja di sini sudah hampir 10 tahun. Di stesen ini, hanya terdapat dua pam, satu untuk diesel dan satu lagi untuk petrol serta menjual minyak hitam.

"Barang-barang lain tidak dijual seperti stesen minyak moden ketika ini yang dilengkapi premis besar.

"Saya tidak pasti berapa umur stesen ini, ada kata 100 tahun dan ada dakwa dalam lingkungan 80 tahun. Namun pekan ini memang sudah wujud ketika 1930-an.

“Selain beri kemudahan kepada orang ramai, stesen minyak ini telah juga telah menjadi nilai sejarah dan ramai orang luar yang datang untuk bergambar,” katanya.

Menurut seorang pelanggan, Norrizam Kassim@Abdul Karim berkata, jika stesen minyak itu tiada, mereka terpaksa ke Pekan Senaling di sini sejauh 17 km atau ke Pekan Tampin sejauh 18 km untuk mengisi petrol.

"Pekan Johol ini adalah laluan Tampin ke Kuala Pilah. Di sini hanya terdapat stesen minyak ini sahaja dan atas faktor itu, ia masih beroperasi meskipun saya difahamkan usianya sudah mencecah 100 tahun.

"Selain menjadi keperluan kepada penduduk setempat, stesen minyak ini mempunyai nilai sejarah dan suatu tarikan kepada orang luar kerana saya difahamkan ia adalah stesen paling tua yang masih beroperasi di negara ini.

"Sayang jika dirobohkan. Saya berpendapat ia patut dikekalkan sebegini meskipun kelak akan wujud stesen minyak baharu di kawasan ini," katanya.

Tonton video tentang stesen minyak ini di bawah:

Wah, dah lama ya stesen minyak ni dah beroperasi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment