Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Sila WhatsApp" - PU Riz Nak Bagi Reward RM700 Untuk Pelajar B40 Yang Dapat 7A SPM 2021

Semoga dimurahkan rezeki selalu buat PU Riz dan keluarga.

Cover image via @hrisbismail (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 sudah pun dikeluarkan sejak semalam, 16 Jun 2022

Ramai yang berkongsi keputusan cemerlang mereka di dalam media sosial dan meraikan detik gembira itu bersama keluarga tersayang.

Walau bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan adalah apabila seorang pendakwah bebas dan juga selebriti tanah air, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz ingin menawarkan reward RM700 kepada para pelajar SPM 2021 yang memperoleh keputusan 7A.

Menerusi posting yang dimuat naiknya di Instagram, PU Riz itu berkata, pelajar yang mempunyai kisah inspirasi dalam pelajaran juga boleh menghubunginya kerana bukan hanya tertakluk kepada keputusan 7A sahaja.

“Assalamualaikum.. tahniah kepada semua yang telah memperoleh keputusan SPM. Tak kira apa pun keputusan, syukur alhamdulillah.

“Tapi kepada pelajar yang memperoleh 7A ke atas atau mempunyai cerita nak dikongsi betapa susahnya nak mencapai sesuatu keputusan, boleh hantar mesej peribadi (DM) di Instagram…

“…atau nombor WhatsApp disediakan untuk kami berikan sedikit sebanyak lebih kurang RM700 kepada yang terpilih,” katanya.

Golongan pelajar SPM 2021 dalam kalangan B40 dan OKU diutamakan terlebih dahulu

Begitupun, suami kepada selebriti popular Neelofa itu lebih mengutamakan pelajar yang memerlukan seperti daripada golongan B40 dan orang kurang upaya (OKU).

“Saya lebih mencari golongan seperti B40 dan OKU. Kalau berminat, boleh hantar cerita dan kami akan pilih secepat mungkin,”
ujarnya.

Sebagai rekod, PU Riz pernah menawarkan ganjaran sama kepada pelajar yang mendapat 5A dalam SPM 2020 dengan memberikan RM300 setiap seorang.

Image via @hrisbismail (Instagram)

Image via @hrisbismail (Instagram)

Haa.. tunggu apa lagi? Cepatlah pergi DM atau WhatsApp sana dan claim RM700 korang! Semoga PU Riz dimurahkan rezeki selalu :)

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment