Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Sewa Bilik RM100 DBKL Kini Dibuka Untuk Pendaftaran. Orang Bujang Cepat 'Apply'!

Lengkap dengan semua kemudahan moden.

Fasa pertama projek Perumahan Bandar oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah dibuka untuk pendaftaran

Image via Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Projek yang diperkenal pada awal 2019 ini bertujuan membantu mengurangkan beban golongan bujang dalam kumpulan B40 yang mengalami kesukaran mencari bilik sewa ketika bekerja di sekitar ibu kota.

Pihak DBKL akan menerima 188 penyewa dalam fasa pertama ini manakala 135 penyewa lagi untuk fasa kedua pada penggal pertama 2020.

Di bawah skim ini, penghuni akan dikenakan kadar sewa bulanan serendah RM100 sahaja - termasuk air dan elektrik

Sebuah bangunan lama DBKL di Jalan Tuanku Abdul Rahman telah diubahsuai menjadi dua blok iaitu untuk lelaki dan wanita bujang, masing-masing mempunyai 120 buah bilik.

Setiap bilik pula boleh memuatkan empat hingga enam orang.

Image via Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Permohonan sewa ini boleh dibuat secara dalam talian menerusi sistem ePerumahan DBKL di sini

Image via ePerumahan DBKL

Antara syarat-syarat kelayakan pemohon adalah:

  1. Seorang warganegara Malaysia berusia 18 hingga 35 tahun
  2. Berpendapatan kurang RM2,000 sebulan
  3. Bekerja di ibu kota serta tidak memiliki rumah dan kereta
  4. Belum berkahwin

Sekiranya penghuni didapati membeli rumah, mereka akan diminta untuk berpindah. Selain itu, penghuni yang ingin berkahwin juga akan diarahkan untuk berpindah.



Baca kenyataan rasmi DBKL di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Maklumat lanjut baca di sini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment