Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Settle Masalah" - Wanita Kreatif Cipta Filter Topi Staff McDonald's Ini Raih Pujian Ramai

Powerlah sis!

Cover image via @ggatorart (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak mainan happy meal keluaran dari McDonald's telah menjadi fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia baru-baru ini, ramai yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk mendapatkannya

Malah, kebanyakan orang dewasa dilihat begitu teruja untuk mendapatkan topi seperti yang dipakai oleh pekerja McD itu.

Tular pula sebuah video baru-baru ini, seorang wanita berjaya hasilkan satu filter topi McD itu telah mendapat perhatian ramai di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

Followers minta buatkan filter topi McD, sekali memang nampak real

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ggatorart, kelihatan wanita itu cuba untuk menghasilkan filter topi McD tersebut selepas dia mendapat permintaan daripada salah seorang followersnya.

Menurut follower itu, dia bertanyakan sama ada wanita itu dapat membuat filter tersebut kerana tidak dapat membeli set mainan happy meal untuk adiknya gara-gara kehabisan stok.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila wanita itu yang memang mempunyai kepakaran dalam bidang 3D menunjukkan prosesnya mencipta filter berkenaan.

Lebih membuatkan ramai terpegun, filter itu berjaya dihasilkan dan boleh digunakan oleh pengguna di media sosial.

Image via @ggatorart (TikTok)

"Thank you kak, jimat masa dengan duit haha" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 807.6K tontonan, 75K tanda suka serta 1.7K perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut memuji kepakaran wanita itu mencipta filter topi McD.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @ggatorart (TikTok)

Image via @ggatorart (TikTok)

Image via @ggatorart (TikTok)

Image via @ggatorart (TikTok)

Image via @ggatorart (TikTok)

Image via @ggatorart (TikTok)

Image via @ggatorart (TikTok)

Image via @ggatorart (TikTok)

Punyalah kaw kaw penangan topi McD ni sampai akak ni terpaksa buat filter baru pulak untuk korang :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment