Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Seramai 76,880 Yang Miliki SPM Dan Ke Atas Terbabit Dengan Gejala Dadah Di Malaysia

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Cover image via Dewan Kosmik Azhan.co

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, seramai 76,880 daripada 192,857 individu atau 39.8 peratus yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah di seluruh negara tahun lalu mempunyai taraf pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan ke atas

Menurut laporan Buletin TV3, 36.3 peratus atau 70,102 orang mempunyai tahap pendidikan SPM/SPMV, diikuti 1.6 peratus atau 3,098 individu memiliki diploma. Manakala, seramai 1.1 peratus atau 2,101 orang mempunyai sijil kemahiran.

Difahamkan, 817 individu lagi mempunyai kelulusan di peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah. Selain itu, 762 orang lagi memiliki kelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Image via Buletin TV3

"Seramai 42,545 penagih atau 22.1 peratus lagi mempunyai kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau yang setaraf; seramai 14,773 orang (7.7 peratus) mempunyai tahap pendidikan rendah manakala 58,659 orang (30.4 peratus) lagi tiada pendidikan formal.

"Melihat kepada statistik yang ada, isu ini membatasi dan boleh terjebak kepada siapa sahaja kalau mereka tidak berhati-hati, maka pendekatan yang dibuat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), kita tidak menyasarkan satu kelompok kumpulan sahaja.

"Kita melaksanakan pelbagai program dan pendekatan yang sesuai dengan tahap pendidikan selain mesti menepati kumpulan sasar terutamanya generasi muda di bawah 39 tahun," katanya.

1,197 penjawat awam dan 213 orang pesara juga tersenarai dalam rekod terbabit dalam penagihan dadah tahun lalu

Gambar sekadar hiasan.

Image via Dewan Kosmik

Menurut beliau, berdasarkan kategori pekerjaan pula, kebanyakan yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah adalah dari golongan penganggur iaitu seramai 70,520 orang atau 36.6 peratus daripada 192,857 penagih yang direkod tahun lalu.

Ia diikuti oleh individu yang bekerja sendiri seramai 55,545 orang, manakala 40,685 orang yang bekerja di sektor swasta serta 13,762 buruh.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Ramah Mesra Klien AADK Bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri 'Kebersamaan Pemangkin Pengekalan Kepulihan; di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Gong Badak hari ini, 18 April 2025.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment