Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

#Bajet2022: 11 'Highlights' Bantuan & Inisiatif Oleh Kerajaan Yang Bakal Anda Perolehi

Sejumlah RM332.1 bilion diperuntukan untuk Bajet 2022 kali ini dengan bertemakan 'Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera'.

Cover image via Malay Mail Kosmo!

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, Belanjawan 2022 atau #Bajet2022 telah pun dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

Image via Berita RTM (Facebook)

Salah satu perkara yang dinanti-nantikan dalam pembentangan ini sudah semestinya kelebihan yang bakal diperoleh rakyat Malaysia terutamanya kepada golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan keadaan semasa pandemik Covid-19.

Dengan bertemakan 'Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera', Bajet 2022 kali ini akan menyediakan sejumlah RM332.1 bilion yang menyaksikan nilai peruntukan tertinggi berbanding bajet-bajet sebelum ini.

Berikut adalah 'highlights' penuh bantuan dan inisiatif serta kelebihan yang bakal anda perolehi untuk #Bajet2022:

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo!

Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan bantuan sebanyak RM2,000 menerusi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi mengurangkan bebanan rakyat menghadapi pandemik Covid-19.

Bantuan itu akan melibatkan isi rumah yang mempunyai tiga orang anak dan lebih selain purata pendapatan bulanan dibawah RM2,500 sebulan.

Bantuan kali ini adalah yang tertinggi berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800.

Bantuan tunai langsung itu juga ditambah baik dengan memperkenalkan BKM untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka yang terkesan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo!

Seramai 3 juta pelajar akan menerima RM150 seorang dibawah Bantuan Awal Persekolahan yang diperkenalkan oleh kerajaan sempena Belanjawan 2022 dengan memperuntukkan sejumlah RM450 juta.

Selain itu, kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih melancarkan Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

Bagi tujuan itu, sebanyak RM450 juta diperuntukkan bagi pemberian tablet, telefon bimbit dan komputer riba kepada pelajar-pelajar golongan B40.

Bagi memudahkan proses bayaran balik dan memupuk sikap bertanggungjawab, kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Sebanyak 10% diskaun diberikan kepada peminjam yang membuat bayaran balik dari potongan gaji atau debit mengikut jadual.

Selain itu, potongan sebanyak 12% akan diberikan kepada peminjam bayaran melebihi 50% baki hutang dalam sekali bayaran.

Yang ketiga, sebanyak 15% diskaun akan diberikan kepada peminjam yang mempunyai baki hutang yang ingin menyelesaikan hutang secara penuh.

Image via Berita Harian

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo!

Kerajaan memperkenalkan program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.

e-Start akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

Dengan peruntukan RM300 juta, kerajaan berharap lebih 2 juta belia yang menerima manfaat daripada program ini dapat menggunakan sebaiknya melalui pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran.

Selain itu, bagi memperkasa Sukan OKU, RM10 juta diperuntukkan kepada Majlis Sukan Negara khusus untuk meningkatkan program latihan atlet OKU dan melaksanakan Liga Sukan OKU.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan Malaysia

Kerajaan menyeru agar pihak swasta memberi elaun sekurang-kurangnya RM900 ringgit atas khidmat pelajar.

Sejak 2019 lagi, kerajaan telah mula membayar elaun sebanyak RM900 kepada pelajar yang menjalani program latihan industri.

Kerajaan juga akan menyediakan insentif kepada majikan yang menggaji perantis lepasan sekolah dan graduan berumur 18 hingga 30 tahun sebanyak RM900 sebulan bagi tempoh enam bulan; iaitu meningkat berbanding 800 ringgit sebelum ini.

Bagi belia yang menceburi bidang keusahawanan pula, pelan pembiayaan sebanyak 150 juta akan disediakan di bawah Bank Simpanan Nasional dan Agrobank.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Perak Today

Kerajaan hari ini bercadang untuk melanjutkan beberapa galakan cukai hiburan, ia termasuk penganjur aktiviti kesenian dan kebudayaan serta pertandingan sukan dan rekreasi bertaraf antarabangsa sehingga tahun taksiran 2025.

Pengecualian duti hiburan ke atas aktiviti hiburan termasuk taman tema dan panggung wayang di semua Wilayah Persekutuan dan pengecualian cukai pelancongan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2022.

Pihak negeri juga disaran untuk memberi pengecualian duti hiburan bagi menyokong pemulihan sektor ini.

7. Subsidi RM150 beli kerusi keselamatan kanak-kanak

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo!

Kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan subsidi sebanyak 50 peratus atau sehingga RM150 bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak menerusi Bajet 2022.

Subsidi berkenaan melibatkan peruntukkan sebanyak RM30 juta. Susulan itu, sebanyak 188,000 penerima daripada keluarga B40 dijangka menerima manfaat tersebut.

Selain itu, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM24 juta bagi menjamin kesihatan kanak-kanak di dalam kumpulan miskin bandar melibatkan negeri Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

8. Kit kebersihan percuma untuk 130,000 remaja wanita

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo!

Kerajaan bersetuju untuk memberikan kit asas secara percuma setiap bulan bagi 130,000 remaja wanita dalam golongan B40.

Langkah itu dilaksanakan bagi membantu golongan wanita yang mempunyai kekangan kewangan dalam mendapatkan kit kebersihan diri seperti tuala wanita dan sebagainya.

Selain itu juga, kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan RM11 juta subsidi ujian mammogram dan ujian saringan kanser serviks kepada wanita.

9. Tiada duti import, cukai jualan kenderaan EV

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo!

Kerajaan bercadang untuk memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV) menerusi Bajet 2022, ia termasuklah pengecualian cukai jalan sehingga 100 peratus bagi kenderaan berkenaan.

Di samping itu, pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 turut diberikan ke atas kos pembelian dan pemasangan, sewaan dan sewa beli kemudahan serta bayaran yuran langganan kemudahan pengecasan EV.

Kerajaan melihat potensi kenderaan EV yang memiliki ciri -ciri ‘energy efficient vehicle’ sebagai usaha meminimum pencemaran asap kenderaan ke udara.

10. Tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP dilanjutkan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melanjutkan tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11 kepada sembilan peratus sehingga Jun 2022. Pengurangan itu melibatkan anggaran nilai RM2 bilion.

Kerajaan amat memahami kekangan kewangan yang dihadapi oleh rakyat akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpanjangan, terutamanya dari segi pengurusan aliran tunai.

Kerajaan juga bercadang untuk meluaskan pelepasan cukai sehingga RM4,000 kepada pencarum KWSP meliputi caruman secara sukarela seperti mereka yang bekerja sendiri dalam sektor gig.

11. Penjawat awam dapat bantuan khas kewangan sebanyak RM700 dan pesara RM350

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo!

Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 kepada penjawat awam sebagai menghargai jasa dan pengorbanan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

Bantuan kewangan itu melibatkan seramai 1.3 juta penjawat awam di dalam kumpulan Gred 56 dan ke bawah.

Selain itu, sebanyak sejuta pesara kerajaan bakal menikmati bantuan sebanyak RM350 dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.3 bilion.

Dalam pada itu, kerajaan akan memberikan bayaran insentif sebanyak RM200 kepada Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 dan Pembantu Perawatan Kebajikan Gred U11 dan U14 yang bertugas di 24 institusi kebajikan.

Inisiatif itu bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang terlibat secara langsung dalam perkhidmatan menjaga dan merawat penghuni warga emas, orang kelainan upaya dan pesakit mental.

Jadi, apa pendapat anda mengenai #Bajet2022 , adakah anda salah seorang bakal menerima manfaat ini?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik dan #Bajet2022 hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment