Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Selamba Tanya Pasal ‘Nilai’, Ramai Terhibur Dengar Voice Note Pemuda Ini Dekat Neelofa

Kak Neelo pun boleh!

Cover image via @arulrasheed (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tular sebelum ini mengenai isu selebriti popular iaitu Neelofa telah merentas negeri ke Nilai dan melanggar Standard Operation Procedure (SOP)

Rentetan daripada isu hangat itu, jabatan netizen tidak berpuas hati dan telah memuat naik status di media sosial gara-gara ada pihak yang mengubah fakta dan peta bahawa Nilai 3 kini berada di wilayah Selangor.

Namun, berbeza pula dengan sebuah video viral di TikTok ini memaparkan voice note seorang pemuda kepada Neelofa mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Selamba hantar voice note dekat Instagram, siap borak macam kawan-kawan

Menerusi rakaman voice note oleh pemuda bernama Arul Rasheed, dia dengan selamba menghantar direct message itu ke akaun peribadi Neelofa bertanyakan tentang lokasi Nilai.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah cara pemuda itu bercakap seolah-olah dia rapat dengan Neelofa dan siap memanggilnya ‘Kak Neelo’.

Image via @arulrasheed (TikTok)


“Hi Assalamualaikum Kak Neelo, saya nak tanya. Haritu time PKP akak ada pergi Nilai beli carpet. Pastu orang bising, sebab akak rentas negeri lepastu akak kena masuk mahkamah"

"Tapi tup tap tup tap, tiba-tiba Nilai dekat Selangor? Macam mana eh? Takdelah, sebab setahu saya Nilai tu memang dekat Negeri Sembilan. Dia tak bagitahu saya pun dia pindah Selangor?”

"Kalau dia nak pindah dia bagitahu lah, takpalah kak benda pun dah jadi. Tapi kalau contoh betul la dia pindah Selangor, dia tak jadi Nilai dah kak. Dia jadi tak berNilai, habis dah kerja pindah-pindah macam gitu. Banyak betul duit dia pindah-pindah hahaha" katanya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah berjaya meraih sehingga 484.8K views, 51.8K likes dan 5.6K shares di TikTok

Rata-rata netizen turut merasa terhibur mendengar voice note pemuda itu sehingga habis dan dapat relate tentang maksud di sebaliknya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @arulrasheed (TikTok)

Image via @arulrasheed (TikTok)

Image via @arulrasheed (TikTok)

Image via @arulrasheed (TikTok)

Image via @arulrasheed (TikTok)

Image via @arulrasheed (TikTok)

Image via @arulrasheed (TikTok)

Image via @arulrasheed (TikTok)

Buat hal ya, macam luahan perasaan dah ni :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment