Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Anda Wanita Yang Lebih Suka Bersendiri? Ini 6 Sebab Kenapa Anda Wajib Ada BFF Seorang

Ada BFF lah baru best!

Cover image via SAYS

Siapa kata hidup sendirian itu lebih baik? Betul ke?

Image via iproperty.com

Korang boleh makan, tengok movie, jalan-jalan, shopping, semuanya berseorangan? Kami yakin, ada orang yang kata boleh dan ada orang yang kata tidak.

Sebab apa, bukan setiap masa kita nak ada teman. Dan, kadang-kadang ada masanya kita perlukan masa untuk diri sendiri, kan?

Tapi, korang tahu tak apa kelebihannya bila korang ada best friend forever (BFF) dalam hidup? Haa, teruskan baca sampai habis!

1. Dia boleh bertindak sebagai ‘perunding fesyen’ kita, alang-alang tu boleh minta ajar style tudung baru

Image via ohbulan.com

Kalau korang tak yakin dengan apa yang korang pakai, BFF ni boleh ajar korang macam mana nak berfesyen! Walaupun kadang-kadang cita rasa dia lebih kurang je dengan kita, at least pakaian yang dia pilih tu cantik jugaklah untuk dipandang.

Image via ohbulan.com

Lagi satu, bila korang dah bosan dengan style tudung yang korang gayakan sekarang ni, BFF ada boleh bantu! Setiap orang ada style tudung kegemaran, jadi bila ada BFF boleh share style mana yang korang suka. Silap har ibulan, tudung pun share sekali!

2. BFF adalah jenis orang yang tak berkira, lagi-lagi bila terdesak

Image via ohbulan.com

Alamak nak bayar makan tak cukup duit pulak ni, kalau pinjam Nisa (BFF) agak-agak dia bagi tak?” Jarang BFF say ‘No’, kan? Sebab apa, hari ini mungkin hari dia, esok lusa kita tak tahu, kan?

BFF ni sebenarnya jenis tak berkira, tapi korang jangan pula ambil kesempatan! Hargai BFF, sebab jenis orang yang tak berkira ni bukan senang nak jumpa.

3. BFF juga boleh jadi teman shopping paling gila

Image via ohbulan.com

Bila korang hadap hari yang murung, mesti korang nak release stress, kan? Bagi perempuan, shopping adalah salah satu penawarnya. Tapi, shopping sorang-sorang tak best-lah, kena ada teman! Sebab tu pentingnya BFF ni!

Dari satu mall, kedai, butik dan lokasi untuk shopping, BFF ni langsung tiada masalah nak teman korang release stress. Alang-alang korang shopping, BFF boleh tolong angkatkan barang yang korang dah beli sekali.

4. Sentiasa sependapat dalam hampir semua perkara. Tak percaya?

Image via ohbulan.com

Bila korang ada BFF, hampir setiap perkara korang akan sependapat dan buat bersama, kan? Contohnya bila jalan-jalan kat shopping mall, nampak beg cute mesti dua-dua teruja. Tak pun, kalau tak suka perangai seseorang tu, mesti BFF pun setuju dengan korang.

5. Automatik akan rapat dengan family BFF, dah macam family sendiri

Image via ohbulan.com

Bila ada BFF, mesti BFF selalu ajak datang rumah untuk makan-makan, sleepover, lepak-lepak bila weekend, kan? Secara automatik, korang akan rapat dengan family BFF korang tu. Dari mak ayah, adik-beradik sampailah sepupu sepapat korang akan kenal.

Image via ohbulan.com

Korang pulak nanti bila ada masa lapang, ajaklah BFF tu datang rumah korang jugak. Kenal-kenal dengan family korang pulak. Tak rugi tau bila kenal ‘ahli keluarga’ baru ni. Mana tahu satu hari nanti korang memerlukan pertolongan, siapa tahu diorang boleh bantu?

6. Dengan BFF, korang tak malu untuk ekspresikan diri yang sebenar

Image via ohbulan.com

Sesetengah daripada kita malu untuk ekspresikan diri yang sebenar di khalayak ramai. Tapi, jauh di sudut hati nak tunjuk kat semua orang. Kalau ada BFF, tak perlu malu. Sebab, diorang tahu luar dalam dan segalanya pasal korang. Nak malu apa lagi, kan?

Nak tengok macam mana hubungan BFF sebenar? Semuanya ada dalam #SisCuba di TV3.

Image via Sunsilk

Saksikan drama pendek 10 minit berjudul #SisCuba sebanyak 5 episod di TV3 yang dibintangi oleh Nabila Razali, Syifa Melvin dan Sarah Suhairi.

Dibawakan khas oleh Sunsilk, #SisCuba mengisahkan 3 BFF yang sudah lama terpisah, namun bertemu semula bagi merealisasikan impian sama iaitu mahu memulakan perusahaan tudung.

Image via Sunsilk

Biarpun diduga dengan kepayahan hidup, kerjaya dan kisah cinta masing-masing, persahabatan 3 BFF ini tidak renggang malah makin akrab gara-gara perusahaan yang diceburi. Adakah perusahaan tudung mereka berjaya?

Image via Sunsilk

Saksikan kesudahannya dalam drama #SisCuba di TV3 setiap hari Selasa pada jam 9:50 malam bermula 27 November ini. Kalau korang terlepas, jangan risau sebab ia akan disiarkan semula sejurus selepas waktu tayangan di platform media sosial YouTube TV3MALAYSIA Official.

Malah, kalau korang rindu drama #SisCuba ini di TV, korang boleh tengok siaran ulangannya di ntv7 bermula 1 Disember depan. Jangan lupa okay!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment