"Satu Lagi Kehilangan Yang Saya Tak Mampu Gambarkan Perasaannya" - Fahrin Ahmad
Berita pemergian bapanya itu diterima ketika beliau berada di satu majlis bacaan Yaasin & Tahlil.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selepas hampir dua tahun kehilangan ibu, pada tanggal 23 Mei 2025 selebriti terkenal tanah air, Fahrin Ahmad sekali lagi melalui episod duka apabila dimaklumkan akan pemergian bapanya
Berita sedih pemergian bapanya itu dikongsi beliau sendiri di akaun Instagram miliknya ketika beliau berada di sebuah majlis bacaan Yaasin dan Tahlil.
Fahrin Ahmad berkongsi foto sewaktu pengkebumian arwah bapanya termasuk gambar terakhir bersama arwah yang dirakam ketika hari raya terakhir tahun ini
Melalui hantarannya itu, Fahrin dan keluarga mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang membantu urusan dan mendoakan kesejahteraan mendiang bapanya.
Kami doakan agar Fahrin Ahmad kuat menghadapi ujian ini dan semoga roh Allahyarham Ahmad Bin Atil ditempatkan dalam kalangan yang beriman.
Amin...
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi di SAYS SEISMIK:
Leave a comment