Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Sampai Hilang Kasut" - Viral Tanah Merekah Di Kelantan, Tak Sangka Ramai Yang Jadi Mangsa

Nasib baik tak hilang kaki.

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tempat pelancongan baru sudah semestinya jarang diketahui pada musim pandemik ini

Hal ini disebabkan semua orang disarankan untuk kekal berada di rumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan.

Untuk mengekang penularan wabak jangkitan Covid-19, kita hanya boleh bergerak di dalam daerah yang kita menetap saja.

Baru-baru ini, viral satu tempat menarik di Kelantan melalui beberapa video di TikTok yang dikenali sebagai tanah merekah mencuri tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Dikenali sebagai tanah merekah dan telah meraih perhatian penduduk Kelantan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @maizati_ di laman TikTok, kelihatan dia sedang merakam suaminya di tanah merekah.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila kaki suaminya tersekat di celah tanah tersebut sehingga nampak hitam seperti memakai stoking. Malah, kasut suaminya itu tenggelam di bawah tanah.

Perkara ini bukan saja berlaku kepada dia dan suaminya. Ternyata, ramai juga yang menjadi mangsa apabila pergi ke tanah merekah. Malah, ada yang terjatuh dan kaki mereka tersekat.

Lihat video penuh lain itu di bawah:


"Nasib tak jadi orang minyak" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Tambahan lagi, ada juga yang menyakat lelaki itu kerana kelihatan memakai stokin sebelah saja. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 658K tontonan, 27K tanda suka dan 600 komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Image via @maizati_ (TikTok)

Image via @maizati_ (TikTok)

Image via @maizati_ (TikTok)

Image via @maizati_ (TikTok)

Siapa yang berhasrat nak pergi tu hati-hati ya, jangan lupa SOP :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment