Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kehidupan Berubah Sejak Bercahaya Mata, Rihana Petra Ucap Terima Kasih Pada Yang Mendoakan

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan isterinya, Rihana Oksana Petra, selamat melahirkan putera sulung mereka, Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra pada 21 Mei yang lalu.

Seperti yang semua sudah sedia maklum, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita Rusia pada tahun lalu

Image via Instagram Rihana Oksana Petra

Menurut laporan, wanita tersebut dipercayai merupakan bekas ratu cantik Moscow yang dikenali sebagai Oksana Voevodina.

Meskipun begitu, sehingga kini, baik Istana Negara mahupun kerajaan negeri Kelantan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkhabaran ini.

Baru-baru ini, Oksana telah memuat naik satu posting di laman Instagram rasminya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mendoakan kesejahteraannya

Dalam postingnya, Oksana Voevodina yang kini memilih untuk dikenali dengan nama Rihana Oksana Petra turut mengakui bahawa kehidupannya berubah semenjak kelahiran putera sulungnya bersama bekas Yang Di-Pertuan Agong itu.

"Alhamdulillah, sekarang kami adalah keluarga yang bahagia dan sifat kekeluargaan adalah penting dalam kehidupan kita semua.

"Oleh itu, diharap kita sama-sama menjaga keluarga kita dan juga satu sama lain. Dan semoga kita dan ahli keluarga kita terus sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT," ujarnya.

Rihana Petra dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 21 Mei yang lalu

Berita gembira itu telah dikongsikan dalam Instagram beliau sekaligus mengumumkan nama puteranya iaitu Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra.

Bukan itu sahaja, bersempena dengan sambutan Aidilfitri yang lalu, Rihana tidak terlepas peluang mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pengikut Instagramnya

Rihana yang menggayakan baju kurung berwarna kuning muda itu ternyata kelihatan sangat manis sekali lebih-lebih lagi dengan selendang di kepala.

Alhamdulillah.

Semoga Sultan Muhammad V sentiasa berbahagia di samping permaisuri hatinya sehingga ke akhir hayat.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment