Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Rezeki Tak Salah Alamat, Lelaki Dapat Kereta GTR Lepas Menang Cabutan Bertuah Baju Raya

Tahniah bang.

Cover image via @nadzrulabdullah (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang mempunyai rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah SWT

Jika tidak hari ini, mungkin pada kemudian hari. Jadi, kita tidak boleh bersangka buruk dengan rezeki seseorang.

Tambahan lagi, dengan zaman sekarang banyak kedai atau barangan yang menawarkan promosi beli dan menang. Tidak dinafikan, walaupun peluang untuk mendapat hadiah itu tipis, tetapi siapa saja tahu kan rezeki.

Itulah yang dialami oleh seorang lelaki apabila dia berkongsi memenangi sebuah kereta selepas membeli jenama baju raya.

Image via @nadzrulabdullah (TikTok)

Terkejut tengok menang kereta GTR

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan pada awalnya menunjukkan dia sedang menunggu keputusan cabutan bertuah daripada jenama pakaian Bulan Bintang x Hausboom.

Namun, selepas beberapa saat keputusan itu keluar dengan menunjukkan dia telah memenangi sebuah kereta Nissan GT-R R35.

Perkara itu membuatkan dia terkejut begitu juga reaksi orang disekelilingnya yang seolah tidak mempercayai keputusan itu.

Ia adalah hadiah utama cabutan bertuah itu, di mana dia adalah salah seorang pemenang 'Golden Ticket' berkenaan.

Difahamkan, pihak penganjur memaklumkan mereka akan mempunyai dua pemenang 'Golden Ticket' iaitu satu daripada jenama Bulan Bintang dengan membeli pakaian mereka dan satu lagi adalah daripada pembelian air Hausboom sendiri.

Lihat video itu di bawah:

Bukan kereta biasa-biasa tu awak menang bang! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment