Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Restoran Nasi Kandar Pelita Shah Alam Ditutup, Seorang Pekerja Disahkan Positif Covid-19

Restoran itu telah ditutup semalam (30 Disember) sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Cover image via Plaza Masalam (Facebook)

Seorang pekerja Restoran Nasi Kandar Pelita Shah Alam disahkan positif Covid-19 semalam, 30 Disember 2020

Menurut sumber, pihak pengurusan Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd mengesahkan perkara itu melalui kenyataan rasmi yang dimuat naik di Facebook semalam.

Pekerja berkenaan telah menjalani swab test kerana mengalami demam yang ringan dan hasil ujian calitan dibuat olehnya itu dia didapati positif Covid-19.

Lanjutan daripada itu, premis pihaknya terpaksa ditutup untuk sementara waktu bagi memberi laluan kepada proses saringan kontak rapat dan sanitasi atau nyahkuman dapat dilakukan.

Kerja-kerja proses sanitasi atau nyahkuman juga telah dilakukan oleh pihak pengurusan Kompleks Plaza Masalam.

Image via PLAZA SHAH ALAM (Facebook)

Penutup restoran hanya melibatkan cawangan di Kompleks Plaza Masalam sahaja dan tidak melibatkan cawangan-cawangan lain

Penutupan bermula pada hari ini (semalam), 30 Disember 2020 sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Pihaknya telah melakukan terbaik dalam menjaga prosedur operasi standard (SOP) dengan mematuhi segala garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Ini adalah kali pertama kami melalui situasi ini, kami akan terus memberi kerjasama kepada pihak KKM bagi mengekang pandemik ini.

"Kepada semua pelanggan, kami memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan pihak kami akan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.

"Keselamatan para pelanggan dan pkerja adalah merupakan keutamaan kami. Mari bersama-sama kita perangi Covid-19 sehingga berjaya. Insya-Allah," katanya.

Berikut di bawah adalah kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan Pelita Samudra Pertama (M) Sdn. Bhd.:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment