Remaja Cedera Dikejar 3 Anjing Liar Ketika Menunggu E-Hailing Kini Alami Trauma
Dia mengalami cedera hampir di seluruh badan akibat terjatuh di jalan raya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pelajar tingkatan lima cedera hampir di seluruh badan akibat terjatuh di jalan raya selepas dikejar tiga anjing liar ketika menunggu kenderaan e-hailing di kawasan Rasah Jaya pada Sabtu, 24 Mei lalu
Menerusi laporan daripada Harian Metro, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari apabila salah seekor daripada haiwan berkenaan cuba menerkam ke arah mangsa selepas terjatuh. Namun, ia sempat dihalang orang awam yang kebetulan lalu di lokasi.
Mangsa, Darius Hazreeq Mohd Nor Azlan memberitahu akibat kejadian itu dia mengalami luka pada kaki, tangan serta bahagian belakang badannya dan mengalami trauma.
Dia berkata, ketika kejadian berlaku, dia baru selesai mengikuti kelas tuisyen di kawasan rumah kedai dekat Rasah Jaya dan sedang menunggu kenderaan e-hailing.
"Saya mahu ke sekolah pula bagi menghadiri persiapan sukan. Saya berdiri di tepi rumah kedai tempat pusat tuisyen dan sambil menunggu Grab, saya tengok telefon untuk semak lokasi.
"Tiba-tiba dari jauh nampak ada seekor anjing berlari ke arah saya sebelum dua anjing lagi turut serta," katanya..
Image via Harian Metro
Cuba larikan diri tetapi dikejar haiwan terbabit
Akibat panik dia kemudiannya melarikan diri, namun terus dikejar tiga haiwan itu sehingga mengakibatkan dirinya terjatuh di tengah jalan raya.
"Salah seekor anjing sempat gigit selipar, namun berjaya dihalau orang awam yang kebetulan lalu di situ. Ada orang awam bantu papah saya ke tepi jalan sebelum ibu yang datang ke lokasi.
"Saya luka pada kaki, kedua-dua belah lutut, tangan serta bahagian belakang badan akibat terjatuh sebelum hantar ke hospital untuk rawatan kecemasan," katanya.
Difahamkan, dia kini sudah dibenarkan pulang kerana masih perlu ke sekolah, bagaimanapun doktor membenarkannya untuk cuti selama tiga minggu.
"Kejadian ini menyebabkan saya trauma. Sebelum ini saya tidak pernah dikejar atau digigit anjing dan tidak pasti sama ada lokasi pusat tuisyen itu memang terdapat banyak anjing liar.
"Saya nasihatkan kepada orang awam supaya sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan berada di kawasan ramai orang supaya lebih selamat dan tidak diganggu anjing liar," ujarnya.
Image via Kosmo
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment