Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Remaja 13 Tahun Dapat Anugerah Peminjam Buku Terbanyak Selangor - "1,378 Naskah Setahun!"

Wow, luar biasa!

Cover image via Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pelajar berusia 13 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Gadong, Klang yang bercita-cita menjadi seorang pendidik menerima anugerah peminjam buku terbanyak di Selangor selepas meminjam 1,378 naskah sepanjang tahun lepas

Menurut laporan Sinar Harian, pelajar bernama Alif Zachary Mohd Arif yang juga merupakan anak penghantar makanan itu berkata, minat terhadap buku mendorongnya menjadikan Perpustakaan Awam Selangor Sungai Udang, Klang sebagai 'rumah kedua' sejak tujuh tahun lepas.

"Jarak perpustakaan dengan rumah kira-kira 30 meter. Sejak berusia enam tahun, saya sudah berjinak-jinak dengan pelbagai jenis genre bahan bacaan dan sehingga kini saya masih berulang-alik ke situ bagi menghabiskan masa terluang membaca serta mendapatkan buku-buku yang diminati.

"Biasanya lepas pulang dari sekolah saya akan berehat seketika sebelum membaca. Waktu malam pula saya akan sambung membaca selepas menyiapkan tugasan sekolah," katanya.

Image via Sinar Harian

Berjaya bawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 selepas menerima anugerah bagi kategori kanak-kanak

Menurut Alif Zachary lagi, minatnya terhadap bahan bacaan ilmiah mendorongnya memasang impian untuk menjadi guru subjek Sains pada masa akan datang.

"Saya mendapat kepuasan apabila dapat membaca sambil menyentuh buku secara fizikal. Ia mudah meresap ke dalam minda dan diterjemahkan semula kepada orang di sekeliling saya.

"Saya anak tunggal, jadi saya banyak habiskan masa dengan buku berbanding melakukan aktiviti lain termasuk meluangkan masa bersama rakan-rakan sebaya di kawasan rumah saya," katanya lagi.

Image via Sinar Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment