Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[RASMI] Anwar Ibrahim Bakal Dilantik Sebagai Perdana Menteri Ke-10 - Agong

Beliau akan mengangkat sumpah pada jam 5 petang ini.

Cover image via Malaysia Dateline

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 hari ini

Perkara ini dimaklumkan oleh Istana Negara susulan mesyuarat khas Majlis Raja-Raja pagi tadi.

Menurut beliau, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, keputusan itu dibuat setelah mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini.

Proses seterusnya ialah Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan berlangsung pada jam 5.00 petang hari ini di Istana Negara.

Image via FMT

“Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar bin Ibrahim (Ahli Parlimen P.063, Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan,” memetik kenyataan yang dikongsikan melalui media sosial Istana Negara sebentar tadi.

Lihat kenyataan rasmi penuh itu di bawah:

Image via Istana Negara (Facebook)

Image via Istana Negara (Facebook)

Image via Istana Negara (Facebook)

Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi berita menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment