Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Niat Nak Tolong Tayar Kereta Rakan Pancit, Tapi 'Jumper' Pula Dimintanya. Lawak!

Jumper juga yang diminta ya.

Cover image via @ahmadsyazwann (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti anda pernah mengalami situasi seperti tayar pancit atau kereta anda tiba-tiba rosak di tengah jalan bukan?

Perkara ini sememangnya boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa kita sendiri jangka. Tambahan lagi jika kita nak cepat pada masa itu, memang boleh buat naik angin.

Sama seperti video yang tular TikTok baru-baru ini apabila seorang pemuda mengalami masalah kereta mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tiba-tiba terkedu dengar rakan minta jumper

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki memberitahu bahawa kereta yang dinaiki oleh dia dan rakannya itu pancit membuat mereka tersadai di tepi jalan.

Mereka juga dilihat berada di luar untuk melihat sendiri keadaan tayar yang pancit itu. Semasa memeriksa, kelihatan seperti ada paku yang telah melekat pada tayar menyebabkan ia bocor.

Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah salah seorang daripada mereka mula bertanya jika ada sesiapa yang mempunyai jumper untuk dipinjam.

Keadaan itu membuatkan rakan-rakannya mula terkedu dan murung selepas mendengar pertanyaan terbabit.

Image via @ahmadsyazwann (TikTok)

Image via @ahmadsyazwann (TikTok)

"Ambil jumper, jerut orang yang minta jumper tu" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur mendengar pertanyaan pemuda terbabit. Malah, ada yang masih tidak memahami apa yang membuatkan dia meminta jumper dalam situasi seperti itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 554.7K views, 44.7K likes dan 1,442 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @ahmadsyazwann (TikTok)

Image via @ahmadsyazwann (TikTok)

Image via @ahmadsyazwann (TikTok)

Image via @ahmadsyazwann (TikTok)

Image via @ahmadsyazwann (TikTok)

Image via @ahmadsyazwann (TikTok)

Tayar yang pancit jumper juga yang dia minta kan, aduhai :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment