Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

“PUBG In Real Life” - Empat Sekawan Malu Jatuh Motor, Member Auto Lari Buat-Buat Tak Kenal

Macam scene dalam cerita Sepahtu pun ada. Lawaklah!

Cover image via @rafmajutrading (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dalam setiap persahabatan, pasti ada saja moment lucu yang dicipta bersama kawan-kawan bukan?

Kita mungkin rasa malu dan geram apabila sesuatu kejadian itu berlaku, namun momen seperti itulah yang mengimbau kembali kenangan manis bersama kawan-kawan bila dah tua nanti.

Sama seperti video yang tular di laman TikTok baru-baru ini apabila empat sekawan malu teruk selepas jatuh motor di depan orang ramai.

Lihat video penuh berkenaan di bawah:

Semua jatuh tergolek sebab tertekan emergency brake, member cepat-cepat lari cover malu

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh Asyraf Hakimi, kelihatan terdapat sekumpulan remaja lelaki menaiki motosikal roda tiga di sebuah kawasan perumahan.

Mereka dipercayai mungkin bekerja di kedai minuman di kawasan tersebut kerana memakai baju seragam berwarna merah.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah semasa menaiki motosikal itu, si penunggang dengan tiba-tiba menekan brek emergency sebelum keempat-empat mereka tertonggeng jatuh di atas jalan.

Image via @rafmajutrading (TikTok)

Image via @rafmajutrading (TikTok)

Lebih menghiburkan lagi, tiga orang daripada sekumpulan remaja itu spontan melarikan diri akibat malu diperhatikan orang sekeliling dan pantas meninggalkan si penunggang seorang diri mengangkat motor itu. Mujur dia dibantu oleh orang awam yang berdekatan.

Image via @rafmajutrading (TikTok)

"Dah malu jatuh bla hahaha tak kesian ke kat member sorang tu tarik motor ketepi" - Warganet

Video berkenaan tular sehingga berjaya meraih 877.8K tontonan, 80.9K tanda suka serta 6K perkongsian di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat video itu. Malah, ada yang menyamakan kejadian tersebut seperti dalam game PUBG.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @rafmajutrading (TikTok)

Image via @rafmajutrading (TikTok)

Image via @rafmajutrading (TikTok)

Image via @rafmajutrading (TikTok)

Image via @rafmajutrading (TikTok)

Image via @rafmajutrading (TikTok)

Image via @rafmajutrading (TikTok)

Image via @rafmajutrading (TikTok)

Tengok banyak kali pun still lawak. Jahat betul tinggalkan member macam tu je ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment