Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

#PRU15: PN Sedia Bekerjasama Dengan Mana-Mana Parti Untuk Tubuhkan Kerajaan Persekutuan

Muhyiddin berharap isu kerjasama dengan mana-mana parti bagi menubuhkan kerajaan persekutuan dapat diselesaikan segera sebelum petang esok (Ahad).

Cover image via Free Malaysia Today

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perikatan Nasional (PN) sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik termasuk dari Sabah dan Sarawak bagi menubuhkan kerajaan persekutuan

Perkara itu diumumkan sendiri Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas parti berkenaan berjaya memenangi 72 daripada 220 kerusi yang dipertandingkan.

Beliau berharap isu kerjasama antara parti gabungan itu dengan mana-mana parti yang bersedia menerima prinsip PN bagi menubuhkan kerajaan persekutuan dapat diselesaikan segera sebelum petang esok (Ahad).

Image via Berita RTM

Terdahulu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, PN yakin telah berjaya untuk membentuk Kerajaan Persekutuan berdasarkan keputusan awal yang diperoleh pihaknya malam ini.

“Saya mewakili kepimpinan parti mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang memberi kepercayaan kepada Pas dan PN untuk mentadbir negara sekali lagi.

“Kami akan berusaha sedaya upaya melaksanakan tawaran-tawaran yang telah dijanjikan. Insya-Allah kami akan bincang dengan rakan-rakan PN dalam membentuk Kabinet dan kerajaan yang kita terajui,” katanya pada satu sidang media malam ini.

Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment