Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Produk Brahim's Kini Boleh Didapati Dalam ‘Mesin Gedegang’ Di Oita, Jepun. Itadakimasu!

Seronoknya boleh rasa makanan 'Malaysia mari' di Jepun!

Korang yang selalu travel mesti akan standby produk Brahim's kan?

Lebih-lebih lagi buat mereka yang beragama Islam, nikmat melancong di luar negara khususnya di negara yang sukar untuk mencari makanan halal disebabkan majoriti penduduk di negara tersebut bukan beragama Islam ataupun sifat was-was yang terlalu kuat.

Kalau sampai seminggu makan roti dan sayur, boleh sampai naik mengamuk nanti.

Image via NST

Disebabkan itu, maka tidak hairanlah produk makanan segera keluaran Brahim's dianggap penyelamat bagi rakyat Malaysia untuk mendapatkan semula rasa makanan dari tanah air.

Brahim’s mempunyai pelbagai rangkaian produk seperti perencah segera ke makanan sejuk beku yang dapat memuaskan hati mereka yang kempunan makanan Malaysia.

Lagi best kerana ianya boleh disediakan dalam 15 minit sahaja.

Berita baik buat mereka yang ingin bercuti di Jepun!

Jepun memang terkenal sebagai negara yang paling banyak vending machine di dunia. Boleh dikatakan, setiap penjuru, setiap lorong dan setiap ceruk mempunyai mesin ini.

Image via Facebook Japan Muslim Guide

Bukan itu sahaja tetapi bilangan ratio 4 vending machine di sana bersamaan dengan 1 rakyat Jepun!

Baru-baru ini menerusi laman Facebook Japan Muslim Guide, dimaklumkan bahawa produk keluaran Brahim's akan disertakan sekali di dalam vending machine halal pertama di Oita, Jepun!

Image via Facebook Japan Muslim Guide

Kini, mereka yang inginkan makanan segera yang halal seperti mi cawan, kari, makanan ringan seperti biskut boleh mendapatkannya di Takasakiyama Natural Zoological Garden.

Image via Facebook Japan Muslim Guide

Alhamdulillah. Seronoknya boleh rasa makanan 'Malaysia mari' di Jepun!

Power-lah Pak Brahim!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment