Posting Viral Bapa Tentang Pin Lencana Jalur Gemilang Terima Pujian Perdana Menteri
Contoh yang baik untuk para ibu bapa di luar sana.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang bapa memuat naik satu hantaran di Facebook mengenai pin lencana Jalur Gemilang yang dipakai anaknya sehingga mendapat perhatian Perdana Menteri baru-baru ini
Menerusi hantaran di Facebook Ng Chee Kean, dia meletakkan beberapa syarat kepada anaknya jika ingin memakai pin lencana tersebut.
Antaranya, tidak meletakkan baju di atas lantai bagi memastikan anaknya tahu tanggungjawab sebagai seorang murid di sekolah kebangsaan.
Image via Ng Chee Kean (Facebook)
"Hari ini hari pertama Upin Ipin pakai lencana Jalur Gemilang. Papa sudah set beberapa syarat bila Jalur Gemilang ada di dada kita.
1. Tak boleh bagi kotor. Dia tak boleh sentuh lantai. Baju tak boleh buang sini sana lagi.
2. Bila ada Jalur Gemilang di dada, keutamaan bahasa akan diberikan kepada Bahasa Melayu. Bila keluar kelas pergi beli makan di kantin jumpa makcik2 pakcik cina semua wajib guna Bahasa Malaysia. Bagi ucapan dan salam pn dlm BM bila jumpa kawan2 walaupn di sekolah Cina.
3. Bahasa Melayu awak perlu bertambah baik. Merosot atau tidak bertambah baik, saya akan keluarkan lencana. Nanti cikgu awak mungkin tanya Horace n Howie mana lencana awak? Awak boleh jawab Papa pegang. Dia akan tanya kenapa dia pegang? Awak jawab pada cikgu sbb Bahasa Malaysia saya kurang baik. Saya boleh jumpa Guru Besar sekolah jika perlu.
So pastikan syarat2 dipegang dan dilaksanakan. Bukan sekadar pakai lencana shj. Perlu tahu hikmah dan tanggungjawabnya sebagai seorang murid di Sekolah Kebangsaan," katanya.
Posting tersebut turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Susulan tularnya posting berkenaan, Perdana Menteri DSAI juga sempat meninggalkan komen buatnya.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen turut mendapati ramai memuji cara lelaki itu mendidik anaknya dan memberi teladan baik kepada orang ramai.
Image via Ng Chee Kean (Facebook)
Image via Ng Chee Kean (Facebook)
Image via Ng Chee Kean (Facebook)
Image via Ng Chee Kean (Facebook)
Lihat posting penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment