Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Polis Sahkan Lelaki 'Jogging' Dalam Keadaan Bogel Di Shah Alam Ada Masalah Gangguan Mental

Difahamkan, sebelum ini remaja berusia 18 tahun itu telah mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Cover image via SAYS Seismik Faiz Anuar/NSTP

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang remaja lelaki yang tular 'berjogging' dalam keadaan bogel di simpang tiga Persiaran Kayangan Seksyen 8, Shah Alam, Selangor mempunyai masalah gangguan mental

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi tadi dengan remaja berusia 18 tahun itu berjaya ditahan anggota rondaan cegah jenayah.

Menerusi kenyataan rasmi yang dimuat naik oleh pihak Polis (IPD) Shah Alam di Facebook, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, setelah dipujuk dan ditenangkan remaja tersebut kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seksyen 6 untuk tindakan lanjut.

Katanya, anggota polis seterusnya telah memberikan pakaian dan didapati remaja itu hanya boleh berinteraksi menggunakan isyarat tangan dan menulis nombor telefon orang yang boleh dihubungi.

"Bapa saudara kepada remaja tersebut telah hadir di balai polis tersebut dan memaklumkan anak saudaranya tinggal bersamanya di Seksyen 9, Shah Alam.

"Remaja itu mengalami masalah gangguan mental dan sebelum ini telah mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Image via Polis (IPD) Shah Alam

Image via Polis (IPD) Shah Alam

Remaja berkenaan telah diserahkan kepada bapa saudaranya untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Shah Alam

Terdahulu, SEISMIK melaporkan tular sebuah video menunjukkan seorang pemuda sedang 'berjogging' dalam keadaan bogel di Seksyen 8, Shah Alam pagi tadi.

Menerusi klip video yang dimuat naik SEISMIK, individu berkenaan dilihat santai berlari tanpa seurat benang di badannya selain tidak menghiraukan orang awam.

Lihat video penuh yang tular di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment