PETRONAS Mengesahkan Akan Kurangkan 10% Tenaga Kerja Melibatkan 5,000 Orang Pekerja
Keputusan ini turut melibatkan tiada pengambilan pekerja baharu sehingga Disember 2026.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
PETRONAS akan memberhentikan kira-kira 10% daripada jumlah keseluruhan tenaga kerjanya, melibatkan lebih 5,000 pekerja
Syarikat minyak dan gas nasional yang mempunyai hampir 50,000 orang pekerja bakal melaksanakan langkah tersebut untuk "mengimbangi semula" operasinya di mana proses ini telah dirancang sejak Februari lalu.
Langkah dilaksanakan untuk penstrukturan semula secara menyeluruh bagi menghadapi penurunan keuntungan yang berterusan serta ketidaktentuan pasaran
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz mengumumkan keputusan itu dalam satu sidang media pada Khamis, 5 Jun, menjelaskan bahawa pemotongan tersebut akan melibatkan pekerja di semua peringkat, termasuk pihak pengurusan.
Beliau menambah bahawa para pekerja yang terlibat akan dimaklumkan menjelang akhir tahun ini.
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.
Image via Utusan
PETRONAS akan membekukan semua kenaikan pangkat dan pengambilan pekerja baharu sehingga Disember 2026
Langkah ini diambil susulan penurunan keuntungan sebanyak 32% pada tahun lalu, selepas mengalami penurunan sebanyak 21% pada tahun 2023.
Tengku Muhammad Taufik berkata, prospek perniagaan kekal mencabar, terutamanya apabila harga minyak mentah Brent terus merosot, sekali gus menjejaskan pendapatan syarikat.
Keadaan kejatuhan harga minyak, ditambah pula dengan pengeluaran yang semakin berkurang daripada aset-aset lama, akan menjadi cabaran kepada kerajaan, yang memperoleh kira-kira 10% daripada hasil negara melalui PETRONAS pada tahun 2024.
Sementara itu, mengulas mengenai spekulasi yang beredar, beliau turut menafikan laporan bahawa PETRONAS merancang untuk keluar daripada operasinya di Kanada.
"Kami tidak akan keluar dari Kanada," tegas Tengku Muhammad Taufik.
"Kami sentiasa menerima pelbagai cadangan dan tawaran. Itu adalah sebahagian daripada kelaziman urus niaga, dan [Kanada] merupakan kawasan yang kaya dengan sumber," jelas beliau, sambil menambah bahawa Kanada adalah penting dalam usaha PETRONAS untuk mengekalkan kedudukannya dalam sektor gas asli cecair (LNG).
Kebanyakan daripada pekerja yang bakal diberhentikan berstatus kontrak - Perdana Menteri
Menerusi laporan Harian Metro, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kebanyakan daripada 5,000 kakitangan PETRONAS yang akan diberhentikan adalah berstatus kontrak.
"Kebanyakannya kontrak," katanya ringkas ketika ditemui media selepas selesai solat Jumaat di Surau Al-Ikhwan, Jalan Pinggiran Putra, di sini, hari ini.
Perdana Menteri selepas menunaikan solat jumaat di Surau Al-Ikhwan di Putrajaya.
Image via NSTP/Mohd Fadli Hamzah
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment