Pertama Kali Makan Etok, Gigi Gadis Ini Sampai 'Rosak' Sebab Gigit Kuat Sangat
Alamak patah sikit.
Etok merupakan makanan yang sinonim dengan masyarakat Kelantan kerana ia adalah kudapan khas ketika menikmati nasi kerabu
Bagi orang pantai timur, etok sudah menjadi satu kudapan yang sama seperti keropok yang dinikmati ketika bersantai menonton TV atau berkelah.
Pun begitu, etok ini mempunyai cara makannya yang betul seperti cara pembukaan cengkerangnya itu. Takut ada pula yang salah dan tidak tahu cara membukanya.
Situasi itu sama seperti seorang gadis ini apabila gigi hadapannya rosak sedikit dek kerana mengigit etok dengan kuat telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Sekuat hati gigit etok sampai rosak gigi depan
Menerusi video tersebut, dapat dilihat gadis itu bersama dengan seorang rakannya sedang menikmati etok di sebuah kawasan.
Namun, oleh kerana ia adalah pertama kali dia memakan etok, dia tidak tahu cara untuk membukanya. Malah, dia memberitahu sudah mengigitnya sekuat hati.
Disebabkan itu, selepas memakannya dia menunjukkan sedikit kerosakan di bahagian depan giginya kerana mengigit dengan kuat.
Image via @hawajoe99 (TikTok)
"Cara buka salah dia kena gigi dekat tengah-tengah yang ada garisan tu baru mudah nak buka" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pendapat dan berkongsi antara tips dan cara untuk membukanya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1M views, 63.1K likes dan 1,062 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @hawajoe99 (TikTok)
Image via @hawajoe99 (TikTok)
Image via @hawajoe99 (TikTok)
Image via @hawajoe99 (TikTok)
Alamak, sian sis. Sabar ya :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment