Perkhidmatan Kereta Api Dari Kuala Lumpur Ke Bangkok Akan Dihidupkan Semula Tahun Ini
Yahoo! Senang nak travel nanti.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata Malaysia dan Thailand berhasrat untuk menghidupkan semula perkhidmatan kereta api terus antara Kuala Lumpur dan Bangkok tahun ini
Menurut laporan Berita Harian, perkhidmatan kereta api terus itu dapat dilaksanakan dengan segera kerana ia akan menggunakan landasan sedia ada yang menghubungkan Bangkok - Padang Besar - Butterworth - Kuala Lumpur.
"Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan State Railway of Thailand (SRT) sudah diberikan tempoh tiga bulan untuk membuat persiapan awal bagi memulakan operasi perkhidmatan Kuala Lumpur-Bangkok.
"Ini tidak memerlukan trek baharu tetapi memerlukan koordinasi, pemasaran, serta penjualan tiket secara kerjasama antara kedua-dua negara," katanya.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pengangkutan Thailand, Suriya Juangroongruangkit di Thailand pada Jumaat lalu.
Image via Berita Harian
Sementara itu, pihak Thailand turut mencadangkan sambungan perkhidmatan kereta api dari Sungai Golok ke Rantau Panjang dan Pasir Mas
Terdahulu, beliau dalam lawatan kerja sehari ke Thailand telah bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pengangkutan Thailand, Suriya Juangroongruangkit.
Beliau juga sempat melawat Stesen Bang Sue Central Terminal dan mendengar taklimat mengenai perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi.
Difahamkan, beliau turut memaklumkan bahawa pihak Thailand mencadangkan sambungan perkhidmatan kereta api dari Sungai Golok ke Rantau Panjang dan Pasir Mas.
"Kita memerlukan masa untuk membuat persediaan bagi menghidupkan semula landasan antara Sungai Golok, Rantau Panjang, dan Pasir Mas ini.
"Ini kerana projek pemuliharaan trek perlu dilakukan terlebih dahulu ke atas landasan kereta api di Rantau Panjang dan Sungai Golok yang sudah lama tidak digunakan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berpendapat cadangan tersebut sebagai langkah positif yang berpotensi meningkatkan ekonomi serta pendapatan penduduk setempat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment