Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Penggunaan Peranti Had Kelajuan Wajib Bagi Kenderaan Perdagangan Bermula 1 Oktober Ini

Langkah ini sekali gus mengurangkan risiko kemalangan yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda.

Cover image via Bernama Berita Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penguatkuasaan penggunaan Peranti Had Kelajuan (Speed Limiting Device, SLD) untuk kenderaan perdagangan termasuk bas ekspres dan bas persiaran akan bermula secara berperingkat mulai 1 Oktober ini

Menerusi laporan Berita Harian, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif ini merupakan sebahagian daripada langkah proaktif kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan dan JPJ untuk meningkatkan keselamatan jalan raya serta mengurangkan kadar kemalangan maut melibatkan kenderaan berat.

SLD merujuk kepada sistem atau alat kawalan kelajuan yang direka khas untuk mengehadkan kelajuan maksimum sesebuah kenderaan, dan bakal diwajibkan pada semua kenderaan perdagangan secara berperingkat.

"Peranti ini memainkan peranan penting dalam mencegah pemanduan melebihi had laju, terutamanya bagi kenderaan yang membawa muatan berat atau penumpang," katanya.

Image via FMT

Penguatkuasaan akan dilaksanakan kepada semua bas persiaran, bas ekspres dan kenderaan barangan berat

Menurut Anthony Loke, penguatkuasaan penggunaan Peranti Had Kelajuan (SLD) akan melibatkan semua bas ekspres, bas persiaran, dan kenderaan barangan berat melebihi 3,500 kilogram yang telah didaftarkan mulai 1 Januari 2015.

Kenderaan ini wajib mendapatkan Pengesahan Kefungsian dan Laporan SLD daripada pihak pengilang/pengeluar kenderaan, Technical Service (TS) yang diiktiraf oleh JPJ, bengkel atau fasiliti servis yang diiktiraf oleh JPJ atau Badan Pensijilan Bertauliah (oleh Jabatan Standard Malaysia) yang diiktiraf oleh JPJ.

"Dokumen Pengesahan Kefungsian dan Laporan SLD ini wajib diperbaharui setiap dua tahun dan perlu dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) dan ketika permohonan atau pembaharuan permit di Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

"Dokumen berkenaan juga perlu dibawa setiap masa di dalam kenderaan bagi tujuan penguatkuasaan oleh JPJ. Penguatkuasaan Pengesahan Kefungsian SLD akan bermula 1 Oktober tahun ini," katanya.

Image via Berita Harian

Anthony Loke menjelaskan bahawa kenderaan barangan yang melebihi 3,500 kilogram, serta kenderaan penumpang yang membawa lebih lapan orang dan berat melebihi 5,000 kilogram, yang didaftarkan sebelum 1 Januari 2015, turut diwajibkan mempunyai dan mengaktifkan fungsi SLD dalam sistem Electronic Control Unit (ECU).

"Kenderaan 'rebuild' dan kenderaan barangan Import Terpakai (berat maksimum melebihi 3,500kg) turut akan dikuatkuasakan. Penguatkuasaan pengaktifan SLD dalam ECU akan bermula 1 Januari 2026," katanya.

Dalam masa yang sama, JPJ akan memperluaskan pelaksanaan Conformity of Production (COP) yang telah bermula sejak April 2024. Ia melibatkan pemeriksaan di kilang-kilang kenderaan perdagangan yang mempunyai Sijil Kelulusan Jenis (Vehicle Type Approval, VTA) bermula tahun 2015.

"Pemeriksaan di kilang-kilang pengeluaran akan memastikan had laju yang ditetapkan pada SLD adalah mengikut Had Laju Kebangsaan. Semua jenis bas dan kenderaan berat ditetapkan had laju maksimum 90km/j," katanya.

Tambah beliau, bagi kenderaan yang tidak dilengkapi sistem SLD, diwajibkan memasang peranti SLD secara retrofit yang sudah mendapat pengesahan daripada JPJ.

"Pemasangan peranti SLD ini perlu disahkan oleh pihak berkelayakan seperti disebutkan. Langkah ini bertujuan memastikan peranti dipasang mengikut spesifikasi teknikal yang ditetapkan serta berfungsi dengan sempurna bagi menjamin keselamatan dan pematuhan undang-undang berkaitan.

"Penguatkuasaan pemasangan SLD secara retrofit akan bermula 1 Julai 2026. Pelaksanaan penguatkuasaan ini satu langkah penting ke arah memastikan kenderaan perdagangan mematuhi ciri keselamatan kritikal, seterusnya mengurangkan risiko kemalangan jalan raya membabitkan nyawa dan harta benda," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment