Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Penangan Beto Pakai Baju Teluk Belanga, Rider foodpanda Minta Customer Rakam Aksi 'Silat'

Akak tu dah takut tengok.

Cover image via @emychachacha (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, jenama lokal Bulan Bintang telah melancarkan pertunjukan fesyen koleksi baju raya mereka di Menara Kuala Lumpur

Pelancaran tersebut menampilkan ramai artis sebagai face of Bulan Bintang dengan memperagakan baju raya mereka di pertunjukan fesyen itu.

Salah seorang artis yang mendapat perhatian ramai adalah pelakon Beto Kusyairy. Dia yang memakai baju Melayu teluk belanga sempat membuka silat semasa berjalan di runway.

Gara-gara penampilannya yang manis dan segak, ramai netizen terpengaruh untuk memakai baju raya sama sepertinya tahun ini.

Namun, lain pula yang jadi dalam video tular ini apabila seorang rider foodpanda bersilat selepas menghantar makanan telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terpengaruh dengan Beto, sanggup suruh customer rakam aksi silat

Menerusi video yang dimuat naik oleh @emychachacha, kelihatan rider foodpanda itu baru saja menghantar makanan kepada salah seorang pelanggannya.

Apa yang mencuri tumpuan adalah dia tiba-tiba meminta pelanggan itu memegang telefonnya sambil merakam dia membuka silat.

Pelanggan tersebut dilihat terkejut dengan aksi spontan rider itu. Rupa-rupanya, dia terpengaruh dengan silat Beto Kusyairy semasa pertunjukan fesyen Bulan Bintang beberapa hari lalu.

Malah, dia juga memakai baju Melayu teluk belanga sama seperti Beto. "Maaf kak buat akak terkejut pagi-pagi  ni. Ni semua salah beto kak, buat saya terikut-ikut," katanya.

Image via @emychachacha (TikTok)

"Bang, jangan sampai akak tu rate kau 1 star nanti. Ni semua salah Beto hahaha" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini telah mencecah 1.2M views, 141.4K likes dan 2.7K comments di TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat selamba rider foodpanda itu. Ramai juga yang menyalahkan Beto Kusyairy kerana memberikan kesan kepada para lelaki sampai begitu sekali.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @emychachacha (TikTok)

Image via @emychachacha (TikTok)

Image via @emychachacha (TikTok)

Image via @emychachacha (TikTok)

Macam mana akak tu boleh tahan gelak ya? Adoi, buat hal betul rider foodpanda ni :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment