Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pelanggan Geli Tengok Makanan Diterima - "Kalau Diri Malas & Pengotor Jangan Jual Makan"

Kotor betul ni.

Cover image via @sity_187 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Peniaga yang menjual makanan seharusnya mengamalkan kebersihan demi keselamatan pelanggan

Terutamanya seperti peniaga yang menjual makanan berat. Makanan itu perlu dijaga dengan lebih baik demi mengelakkan berlakunya keracunan makanan.

Kalau kebersihan pun tak boleh jaga, memang susah selepas ini pelanggan nak datang membeli di kedai kita betul tak?

Baru-baru ini, seorang pelanggan meluahkan rasa kesalnya selepas membeli makanan yang dijual di sebuah gerai.

Image via @sity_187 (TikTok)

Daun pisang yang digunakan untuk balut makanan tak dicuci bersih

Menerusi video di akaun TikTok @sity_187, seorang pelanggan meluahkan rasa kesalnya selepas melihat pulut sambal dibeli di sebuah gerai.

Difahamkan, daun pisang yang digunakan untuk membungkus makanan tersebut tidak dicuci dengan bersih sehingga nampak kekotoran lain.

"Tolong lah kalau diri tu pemalas dan pengotor, tolong jangan buat makanan untuk dijual. Masa balut pulut sambal ni, takkan tak nampak daun tu. Takkan ambil daripada pokok tak lap dulu bersih-bersih.

"Masalahnya aku dah makan sebiji, geli tekak daun pisang kotor. Sebiji lagi aku buka ada makhluk tak tahu yang hitam tu, pengotor sungguhlah," katanya.

Bagaimanapun, dia tidak menyatakan lokasi gerai berkenaan tetapi berdasarkan lokasi pada video, ia terletak di Kangar, Perlis.

Lihat video itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment