Pelajar UiTM Buat Konten Dakwa Muka Sama Dengan Mangsa Nahas UPSI Dikecam Ramai
Jagalah sensitiviti sikit dik.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pelajar UiTM dikecam ramai gara-gara memuat naik konten di laman Threads mengenai salah seorang mangsa nahas UPSI
Menerusi video yang dimuat naik oleh @izuansyahofficial_, kelihatan pemuda itu meletakkan sebuah tangkap layar perbualannya dengan seseorang.
Individu tersebut mengatakan pada mulanya dia menyangka pemuda itu terlibat dalam kemalangan nahas pelajar UPSI pada Isnin lalu.
Namun, tindakan pemuda tersebut memuat naik video tangkap layar dan reaksinya telah menimbulkan kemarahan ramai.
Image via @izuansyahofficial_ (Threads)
"Bukan, bukan. Saya pelajar UiTM bukan UPSI. Bukan saya, saya hidup lagi. Apa pun saya ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa dan Al Fatihah buat mangsa-mangsa yang terlibat dengan kemalangan," katanya.
"Jangan hamak content sangat tau, tak respect langsung" - Warganet
Video tersebut yang kini telah tular di media sosial membuatkan ramai naik angin dan menyifatkan pemuda berkenaan tidak menjaga adab dan sensitiviti terhadap keluarga mangsa.
Antara komen-komen warganet di laman Threads:
Image via @izuansyahofficial_ (Threads)
Image via @izuansyahofficial_ (Threads)
Image via @izuansyahofficial_ (Threads)
Lihat video itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment