Pelajar Tak Puas Hati Dengan Peraturan Jamuan Hari Raya Sekolah - "Kata Nak Happy Tapi..."
Dah nama pun peraturan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kehangatan sambutan Aidilfitri kini masih lagi dirasai, iyalah raya kan sebulan betul tak?
Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menjemput rakan-rakan ke rumah terbuka dan jamuan hari raya.
Malah, sekolah dan tempat kerja juga kita juga pasti ada membuatnya untuk diraikan bersama.
Namun, tular baru-baru ini apabila seorang pelajar meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap peraturan pihak sekolah semasa jamuan hari raya.
'Bengang' dengan peraturan sekolah, dakwa semua tak boleh
Menerusi perkongsian di TikTok, seorang pelajar sekolah telah meluahkan rasa tak puas hati selepas mendapat tahu peraturan sekolah ketika jamuan raya sekolah.
Menurutnya, dia sudah semakin malas untuk pergi ke jamuan raya di sekolah kerana peraturan ketat yang dianggap tidak masuk akal.
Hal itu kerana dia memberitahu pihak sekolah didakwa telah menetapkan peraturan seperti tidak dibenarkan berdandan, memakai shawl dan perlu hanya memakai kasut sekolah.
"Sekarang makin malas pergi jamuan raya sekolah, sebab peraturan sekolah semakin lama semakin bangang.
"Kita nak bergembira, tetapi nak makeup sikit pun tak boleh. Tudung shawl pun tak boleh pakai, telefon tidak boleh bawa masuk.
"Kasut wajib kasut sekolah, baik tak payah buat jamuan sahaja," tulis pelajar itu.
Image via TikTok
Bagaimanapun, luahan pelajar itu mendapat perhatian netizen dan mengingatkan pelajar tersebut bahawa dia sememangnya harus mengikut peraturan tersebut kerana dia bersekolah.
Malah, ada juga netizen netizen yang menasihatkan agar lebih bersyukur kerana pada berbeza pada zaman mereka sekolah dahulu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment